web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ZCOVA Pilih IOI City Mall, Putrajaya Sebagai Lokasi Pertama Stor Fizikal 

Pembukaan stor pertama di IOI City Mall, Putrajaya ini adalah bersempena dengan pelancaran koleksi barang kemas edisi terhad jenama tersebut yang terbaharu, Isla

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 8:35PM

Isla 18k Yellow Gold with Lapis Lazuli Inlay

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ZCOVA, jenama barangan kemas premier yang terkenal dengan berlian dan batu permata yang mempunyai perakuan GIA dan Sarine, baru-baru ini melancarkan pembukaan stor yang pertama setelah sembilan tahun bertapak di Malaysia.

Pembukaan stor pertama di IOI City Mall, Putrajaya ini adalah bersempena dengan pelancaran koleksi barang kemas edisi terhad jenama tersebut yang terbaharu, Isla.

Selain itu, stor fizikal ini dibuka juga bertujuan untuk merevolusi pengalaman membeli-belah berlian dan batu permata. Menerusi pendekatan yang holistik, ZCOVA memperkasakan pengguna dengan akses kepada bimbingan yang komprehensif, barangan kemas berkualiti tinggi, dan juga perakuan yang tulen. 

Pengasas Bersama merangkap Pengarah Urusan ZCOVA, Low Ziwei berkata, perjalanan ZCOVA bermula dengan komitmen ke atas ketekunan dan inovasi. 

18k Rose Gold with Mother of Pearl Inlay
18k Rose Gold with Mother of Pearl Inlay

“Memetik inspirasi prinsip mengutamakan integriti dan keutamaan pelanggan daripada bapa kami, kami memastikan mutu kesenian dan harga produk adalah setanding.

“Perjalanan kami daripada perniagaan dalam talian hingga ke pelancaran stor fizikal merupakan satu titik sejarah yang amat bermakna. Sempena pelancaran ini, kami juga memastikan setiap butirn berlian yang ditawarkan adalah berkualiti tinggi dan hadir bersama jaminan.

“Di ZCOVA, keutamaan tertinggi kami adalah untuk menyediakan pengalaman pembelian yang lancar dan terjamin buat semua,” ujarnya.

Pengarah Urusan ZCOVA, Low Ziwei
Pengarah Urusan ZCOVA, Low Ziwei

Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif ZCOVA, Low Ziyin pula berkata, pihaknya komited untuk menyediakan koleksi barang kemas yang berkualiti tinggi dan untuk menaik taraf pengalaman para pelanggan. 

“Prinsip jenama kami berpaksikan usaha untuk memodenkan cara pengguna mengamati dan membeli berlian dan batu permata. Pelanggan boleh meneroka pelbagai jenis barangan kemas secara fizikal, daripada cincin pertunangan hinggalah ke barangan perhiasan harian.

“Berpegang kepada cogan kata, ‘Celebrate Life, Your Way’ kami mahu pelanggan bebas memilih sesuatu untuk digayakan mengikut kesesuaian personaliti masing-masing,” ujar Ziyin. 

Serlahkan Penampilan Diri Dengan Koleksi Edisi Terhad, Isla

Jika anda salah seorang peminat barangan kemas, terutamanya berlian dan permata, bolehlah dapatkan koleksi edisi terhad Isla yang melambangkan semangat cinta dan ria, serta memancarkan aura elegan yang mempersona. 

Diperbuat daripada emas 18k premium, setiap gubahan disulam dengan kecantikan Induk Mutiara dan juga Lapis Lazuli. 

18k Rose Gold with Mother of Pearl Inlay
18k Rose Gold with Mother of Pearl Inlay

Varian Emas Mawar 18k dalam koleksi Isla bertatahkan induk mutiara, ia mencerap keheningan alam semula jadi. Kilauannya yang memukau memancarkan aura yang menenangkan, menyuntik perasaan cinta  dan juga introspeksi dengan pesona orientalnya yang anggun. 

Rantai leher emas kuning 18k dalam koleksi Isla yang juga bertatahkan Lapis Lazuli, meraikan tema warisan diraja, persahabatan, dan juga kebenaran. Rantai ini hadir dengan rona biru yang memukau untuk melambangkan langit malam.

18k Yellow Gold with Lapis Lazuli Inlay
18k Yellow Gold with Lapis Lazuli Inlay

Varian Induk Mutiara ditawarkan pada harga bersih RM 4,990 dan varian Lapis Lazuli pada harga bersih RM5,690. Kedua-dua edisi terhad ini hanya tersedia untuk 20 set, di mana setiap tatahan dalam buah rantai tersebut adalah unik kerana setiap batu harganya adalah berbeza di antara satu sama lain. 

Pratempahan bagi koleksi eksklusif ini bermula pada 21 Mei 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai outlet dan koleksi Isla terbaharu daripada ZCOVA, sila layari: https://zcova.com/zcova-ioi-city-mall. - Getaran, 24 Mei 2024

Foto : ZCOVA

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN