web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Scentify By Enchanteur Dilancar Dengan Acara Maraton Menggosok Baju

Lebih 10,000 pakaian telah digosok dalam masa 24 jam dengan melibatkan 80 peserta

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 9:42AM

Izzue Islam (kiri) dan Wany Hasrita berduet sambil menggosok baju

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tugas membersih dan mengemas rumah kini lebih menyeronokkan dengan SCENTIFY by Enchanteur, sebuah rangkaian semburan penyegar fabrik terbaharu dari jenama wangian kegemaran Malaysia. 

Sempena pelancaran rangkaian baharu ini, sebuah acara maraton menggosok pakaian telah diadakan di MYDIN Hypermarket USJ di mana 80 peserta telah menggosok lebih 10,000 helai pakaian dalam masa 24 jam. 

Acara diadakan pada 29 November lalu ini bukan sahaja menyaksikan acara menggosok pakaian semata-mata, malah ia turut berkongsi tentang kelebihan atau kegunaan Scentify by Enchanteur Eau de Fabric kepada orang ramai.

Produk yang dijangka mampu menggembirakan ramai suri rumah ini tidak hanya berfungsi sebagai penyegar fabrik, tetapi ia juga sebagai peneman ketika menggosok pakaian. Kenapa begitu? Kerana ia mampu membuatkan pakaian kekal harum untuk tempoh yang lebih lama!

Scentify by Enchanteur Eau de Fabric juga menjadikan sesi menggosok pakaian atau melakukan kerja rumah anda lebih mengujakan menerusi tiga variasi wangian premium yang membangkitkan mood. Rangkaian ini juga adalah bukti dedikasi jenama Enchanteur yang komited dalam meningkatkan gaya hidup pengguna. 

Penyanyi Wany Hasrita dan pelakon Izzue Islam turut memeriahkan acara pelancaran tempoh hari, di mana mereka telah bergabung dalam sebuah ‘duet menggosok’ sebagai penutup kepada acara maraton. 

Di kemuncak acara, sejumlah 10,700 helai pakaian berjaya digosok dan ini menyaksikan Scentify by Enchanteur Eau de Fabric mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records bagi ‘Jumlah Pakaian Terbanyak Yang Digosok Dalam Sehari’. 

Dari kiri - Syed Ashiq Syed Ansari (Scentify), Aaron Bong Keng Jin (The Malaysia Book of Records), Rozaina Mahmod (Scentify), Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Murad Ali Mydin Mohamed dan Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datin Dr Siti Hawa Mohd
Dari kiri - Syed Ashiq Syed Ansari (Scentify), Aaron Bong Keng Jin (The Malaysia Book of Records), Rozaina Mahmod (Scentify), Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Murad Ali Mydin Mohamed dan Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datin Dr Siti Hawa Mohd

Sijil rasmi ini telah dianugerahkan  The Malaysia Book of Records kepada wakil dari Scentify iaitu Rozaina Mahmod dan Syed Ashiq Syed Ansari manakala pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad diwakili Datin Dr Siti Hawa Mohd dan Datuk Murad Ali Mydin Mohamed, merangkap Pengarah-Pengarah Eksekutif Mydin Mohamed Holdings Berhad. 

Scentify by Enchanteur Eau de Fabric (370ml) dijual pada harga RM9.50 di Semenanjung Malaysia dan RM10.00 bagi Sabah dan Sarawak. Ia boleh didapati di semua peruncit utama, pasaraya, dan pasar raya besar di seluruh negara. - Getaran, 6 Disember 2023

Foto : Scentify by Enchanteur Eau de Fabric

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

2

Gaya 5 hari yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

3

Gaya 6 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

Gaya 2 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia