1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini
Berita Terkini
1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini
Fesyen Memukau Di Karpet Merah Anugerah Oscar 2023
Secara tradisinya, acara karpet merah Anugerah Oscar atau Anugerah Akademi ini adalah tempat bintang paling berprestij di dunia menampilkan diri mereka dalam persalinan yang cukup mempesona.
GayaDikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 6:00PM
Beberapa penampilan selebriti ternama di karpet merah Anugerah Oscar ke-95 yang berjaya mencuri perhatian lensa kamera. - Gambar dari redcarpet-fashionawards.com
Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.
Acara hiburan berprestij, Anugerah Oscar kali ke-95 telah pun melabuhkan tirainya demi meninggalkan kenangan yang cukup manis untuk rakyat Malaysia. Tan Sri Michelle Yeoh telah mengharumkan nama negara apabila beliau dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonannya sebagai heroin dalam filem sci-fi, Everything Evhereeryw All at Once.
Selain topik kemenangan calon-calon menjadi bualan hangat, fesyen yang digayakan oleh barisan selebriti juga hangat diperkatakan, terutamanya di kalangan pemerhati fesyen. Pada acara yang berlangsung gah di Teater Dolby, Los Angeles itu, siapakah gerangan yang paling mencuri perhatian lensa kamera?
Secara tradisinya, acara karpet merah Anugerah Oscar atau Anugerah Akademi ini adalah tempat bintang paling berprestij di dunia menampilkan diri mereka dalam persalinan yang cukup mempesona supaya mereka akan diingati beberapa dekad dari sekarang.
Berikut adalah beberapa penampilan yang paling diingati daripada Anugerah Akademi ke-95:
1. Cara Delevingne
Gambar dari harpersbazaar.com
Gaun merah yang diperagakan oleh Cara Delevinge ini sudah pasti tidak terlepas daripada bidikan lensa kamera. Gaun dengan belahan skirt yang tinggi ini merupakan koleksi Elie Saab couture musim gugur/musim sejuk 2021. Tambah mempesona apabila gaun merah ini dipadankan dengan sepatu tumit tinggi oleh Stuart Weitzman dan rantai berlian Bulgari.
2. Eva Longoria
Gambar dari nytimes.com
Eva Longoria merupakan salah seorang penyampai anugerah di Oscar kelmarin. Pelakon berusia 47 tahun itu dilihat membawa kemewahan ke permaidani merah apabila melangkah keluar dengan gaun renda serba putih dengan kemilau kristal oleh Zuhair Murad.
Mengulas tentang pilihan busananya itu, Longoria berkata, dia mahu berpakaian seperti ‘bola disko’. “Orang boleh menari di sekeliling saya, saya begitu gemerlapan," ujarnya.
3. Tan Sri Michelle Yeoh
Gambar dari redcarpet-fashionawards.com
Pemenang Anugerah Oscar ini menghadiri acara karpet merah dengan memakai gaun Dior Haute Couture putih berbulu yang elegan. Untuk melengkapkan penampilan, bintang berusia 60 tahun ini mengenakan rantai berlian sebagai sebagai hiasan kepala dan anting-anting berjuntai daripada Moussaieff Jewellers.
4. Jessica Chastain
Gambar dari redcarpet-fashionawards.com
Jessica Chastain kelihatan sensasi di Anugerah Akademi ke-95 apabila dia tiba dalam persalinan gaun Gucci yang mempesonakan. Pelakon berusia 45 tahun ini kelihatan yakin dengan potongan dada yang menjunam, mempamerkan belahan dadanya. Dia juga nampak ‘berkilauan’, sama seperti gaun yang dipakai.
Tahun lalu, bintang ini memenangi Anugerah Oscar untuk Pelakon Wanita Terbaik untuk watak Tammy Faye Baker yang menyayat hati dalam filem biografi The Eyes of Tammy Faye.
5. Fan Bingbing
Gambar dari redcarpet-fashionawards.com
Superstar China, Fan Bingbing merupakan salah seorang selebriti yang tiba awal di karpet merah Anugerah Oscar 2023, dan penampilannya menarik perhatian ramai. Malah, ada yang berkata dia layak membawa pulang anugerah untuk peserta berpakaian terbaik pada malam itu. Pelakon yang membintangi The 355 bersama Penelope Cruz, Lupita Nyong'o, dan Jessica Chastain itu menyarungkan gaun couture rekaan Tony Ward.
Dengan gaun yang ‘terbuka’ di bahagian dada, penampilan Bingbing tampak dramatik dengan perincian lengan dan ‘ekor’ gaun berona hijau terang.
6. Allison Williams
Gambar dari redcarpet-fashionawards.com
Allison Williams menggayakan gaun berlengan panjang rekaan Giambattista Valli berwarna merah jambu dan perak yang berani. Gaun meleret serba mewah itu turut mempunyai ropol putih di bahagian bawahnya.
7. Sofia Carson
Gambar dari redcarpet-fashionawards.com
Sofia Carson tampil bagaikan seorang puteri raja apabila dia berjalan ke karpet merah dengan gaun rona putih salju. Sama seperti Allison Williams, bintang Purple Heart ini memilih rekaan daripada Giambattista Valli.
Selain mempamerkan potongan bahu yang memikat, gaun itu juga menampilkan skirt penuh dramatik yang menyembunyikan kasut di bawahnya. Kalung zamrud dan berlian daripada Chopard menyuntik elemen penuh kemewahan. Biarpun tersembunyi di bawah pakaian, Carson menyarungkan sepasang kasut tumit Jimmy Choo untuk melengkapkan gaya.
8. Nicole Kidman
Gambar dari redcarpet-fashionawards.com
Bintang Nine Perfect Strangers ini tiba di karpet merah dengan memakai hitam menawan daripada Armani Privé. Persalinan ini menampilkan belahan skirt setinggi paha serta sarat dengan labuci hitam berkilauan. Perincian bunga di bahu kanan dan pinggang juga menjadikan gaun hitam ini tidak jemu mata memandang. - Getaran, 14 Mac 2023
Berita Berkaitan
1
Selebriti1 minggu yang lalu
Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah
2
Selebriti2 minggu yang lalu
Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia
3
Selebriti3 minggu yang lalu
‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah
4
Selebriti1 bulan yang lalu
M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia
Langgani Berita Terkini
Dapatkan berita generasi baharu. Ambil tahu kisah kejadian terkini dengan segera.
Sorotan
1
Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta
2
PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah
3
Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan
4
Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan
5
Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin
6
Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas
Popular Sekarang
Semasa1 hari yang lalu
Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan
Semasa2 hari yang lalu
Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas
Semasa2 hari yang lalu
Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa
Luar Negara3 hari yang lalu
Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan
Disyorkan untuk anda
Gaya1 hari yang lalu
Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods