web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


adiClub, Program Keahlian Yang Menjanjikan Pelbagai Ganjaran Kesetiaan

Dengan menyertai adiClub, pengguna berpeluang mendapat pelbagai tawaran dan ganjaran menarik kerana program ‘taat setia’ ini sentiasa memberi kembali.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 4:15PM

Ahli boleh memperoleh mata melalui pembelian, menjejaki kemajuan mereka dengan aplikasi larian dan latihan adidas dan juga dengan mengambil bahagian secara aktif dalam acara yang dihoskan oleh adidas. - Gambar ihsan adidas Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap daripada kita mempunyai gaya tersendiri dalam berpakaian. Salah satu gaya atau trend berpakaian yang semakin menjadi ikutan ramai ialah gaya ‘athleisure’.

Gaya yang mula meledak pada tahun 2020 ini adalah satu trend fesyen yang merupakan gabungan pakaian sukan dan kasual yang selesa dan sesuai digayakan pada bila-bila masa. 

Pendek kata, pakaian sukan kini bukan hanya terhad dipakai peminat gim dan kecergasan, tetapi ia juga digayakan oleh mereka yang mencari penampilan kasual yang selesa dan bergaya. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Cuba perhatikan di sekeliling anda, berapa ramai yang tampil dengan gaya fesyen ini? Mungkin salah seorang rakan sekerja anda juga tidak segan-silu menyarungkan pakaian athleisure ini.

Baiklah, andai kata anda juga salah seorang pencinta trend fesyen ini, dan juga peminat jenama adidas, berita yang ingin dikongsikan ini mungkin mengundang senyuman di wajah. Baru-baru ini adidas Malaysia memperkenalkan adiClub, program keahlian baharu yang dipertingkat untuk memberi pengalaman membeli-belah terbaik bersama adidas. 

Dengan menyertai adiClub, pengguna berpeluang mendapat pelbagai tawaran dan ganjaran menarik kerana program ‘taat setia’ ini sentiasa memberi kembali apabila ahlinya sentiasa berusaha menunjukkan kemajuan kecergasan menerusi aplikasi adiClub yang dimuat turun. 

Pengurus Negara adidas Malaysia, Sharmin Photographer, mempamerkan logo aplikasi adiClub. - Gambar ihsan adidas Malaysia
Pengurus Negara adidas Malaysia, Sharmin Photographer, mempamerkan logo aplikasi adiClub. - Gambar ihsan adidas Malaysia

Ketika pelancaran rasmi adiClub di Pusat Jenama adidas Sunway Pyramid tempoh hari, adidas mencipta perjalanan pengalaman pengguna bagi memberi gambaran jelas kepada pihak media yang hadir tentang proses atau format yang diguna pakai oleh adiClub untuk memberi ganjaran kepada setiap ahlinya. 

Aktiviti seperti berlari, ping pong, tinju, bola keranjang dan berbasikal, menggambarkan bagaimana gaya hidup aktif membolehkan anda memperoleh mata adiClub. Mata terkumpul kemudiannya boleh digunakan untuk menebus ganjaran yang dijanjikan dalam program keahlian.

Gambar ihsan adidas Malaysia
Gambar ihsan adidas Malaysia

Pendaftaran untuk adiClub adalah percuma, dan ahli akan dihadiahkan dengan faedah segera selepas pendaftaran dan berada di Tahap 1. Bermula pada tahap ini, ahli akan menikmati pelbagai ganjaran ketika cuba melonjakkan diri ke peringkat seterusnya. 

Untuk meningkatkan tahap, ahli boleh memperoleh mata melalui pembelian, menjejaki kemajuan mereka dengan aplikasi larian dan latihan adidas dan juga dengan mengambil bahagian secara aktif dalam acara yang dihoskan oleh adidas.

Pusat Jenama adidas Sunway Pyramid - Gambar ihsan adidas Malaysia
Pusat Jenama adidas Sunway Pyramid - Gambar ihsan adidas Malaysia

Antara ganjaran yang menanti adalah akses premium aplikasi larian adidas, akses awal kepada produk terbaharu sehingga seminggu sebelum tarikh pelancaran, dan produk untuk ahli sahaja untuk 30 hari yang pertama selepas pelancaran terpilih. Selain itu, ahli juga berpeluang meraih pengalaman yang tidak disangka-sangka menerusi ‘Golden Tickets’. 

Untuk maklumat lebih lanjut tentang program keahlian ini, anda boleh melayari www.adidas.com.my - Getaran, 29 September 2022

Berita Berkaitan

1

2 tahun yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Aplikasi Kumpul Data, Kesan Kawasan Panas Gangguan Seksual

3

TARA 3 tahun yang lalu

Ingin Melancong Ketika Musim Perayaan, Gunakan Lima Aplikasi Mudah Ini!

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bakal Haji Perlu Muat Turun Saudi Visa Bio Untuk Permohonan Visa

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Gaya 3 jam yang lalu

The Food Yard, ‘Port’ Makan Santai Baharu Menanti Anda!

oleh Sophia Ahmad