web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Busana Kertas Terpakai Cetus Gaya Mempersonakan

Bukan mudah untuk menghasilkan busana menggunakan bahan yang rapuh seperti kertas namun dua pereka berbakat ini berjaya melakukannya.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 5:32PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Itulah perumpamaan paling sesuai bagi menggambarkan usaha jitu seorang pegawai latihan dalam menghasilkan busana kreatif hanya menggunakan kertas terpakai.

Bagi Norfarizan Jawahir, 38, biarpun tugas itu dilihat sukar namun kerana kecintaannya dalam bidang fesyen menyebabkannya mencuba elemen baharu bagi menggantikan fabrik yang sering digunakan dalam pembuatan pakaian. 

Bermodalkan RM250, beliau akhirnya berjaya menghasilkan gaun berona hitam putih bermotifkan flora era tahun 1970-an sehingga memenangi tempat pertama pertandingan reka fesyen daripada bahan kitar semula 'Waste Is Amazing' anjuran Alam Flora Sdn Bhd, tahun lepas.

"Saya buat kajian hampir sebulan untuk mencari bagaimana mahu menghasilkan silhouette (rangka gaun) kerana ketika tahun 1970-an, baroque style popular dan mementingkan 'volume' seperti skirt dan gaun kembang yang ada shape (bentuk) tertentu.

"Oleh itu, saya perlu membuat eksperimen dengan menggunakan pelbagai kertas antaranya kertas keras, wallpaper dan kadbod, namun majoritinya tidak menjadi seperti yang dikehendaki," katanya kepada Bernama.

Pegawai latihan di Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, Kuala Kubu Bharu itu berkata selepas beberapa kali percubaan, beliau akhirnya memutuskan untuk menggunakan surat khabar, kertas majalah dan pinggan kertas untuk menghasilkan busana tersebut.

Pun begitu, bagi menjayakannya, Norfarizan perlu lebih berhati-hati memandangkan bahan utamanya - kertas - mudah koyak dan rosak.

“Jika ia diperbuat daripada fabrik, ia tiada masalah tetapi apabila menggunakan kertas saya perlu cuba dua tiga kali untuk menguji tahap berat kertas itu supaya tidak rosak.

“Tambahan pula, zaman baroque style menekankan motif sulam. Saya terpaksa menggunakan teknik tampal hias (applique) sebelum menebuk lubang pada rekaan itu bagi menimbulkan motif rekaan," katanya yang dapat menyiapkan busana tersebut hanya dalam tempoh lima hari.

Norfarizan berkata beliau sangat menggalakkan pelajarnya menggunakan bahan kitar semula sebagai satu proses mengetengahkan idea dan bakat sedia ada dan pada masa sama membantu melestarikan alam sekitar.

Sementara itu, pemenang kedua dalam pertandingan itu Muhammad Danish Saiful Rizal, 21, menyifatkan pengalamannya menghasilkan busana daripada bahan kitar semula mampu menyediakan dirinya ke dunia fesyen yang mencabar. 

Persediaan itu selari dengan cita-cita penuntut jurusan seni reka fesyen dari Management and Science University itu untuk melakukan perubahan dalam dunia fesyen. 

"Sebagai permulaan saya akan mencuba method upcycle fashion yang menekankan penggunaan kain-kain terpakai untuk digunakan semula bagi dijadikan baju baharu," katanya yang menjadikan pereka fesyen terkenal Datuk Seri Bernard Chandran sebagai idola.

Muhammad Danish menghasilkan busana berinspirasikan seni oriental Mandarin dengan padanan rona putih, biru dan corak hitam dengan menggunakan kertas.

"Bukan mudah untuk menukarkan kertas menjadi fabrik. Kertas sifatnya mudah rapuh jadi kita perlu lebih peka dengan ketebalan kertas itu sendiri agar boleh bertahan lama.

"Saya bangga apabila ciptaan saya membuahkan hasil dengan hanya berbekalkan 100 peratus bahan kitar semula ia dapat dijadikan sepasang baju yang menawan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN