Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hijabista Lega, Boleh Lupakan Pakaian Renang Sendat Melekat

Tiada lagi alasan untuk hijabista tampil mencolok mata dengan pakaian sendat melekat ketika beriadah.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 11:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mereka yang berhijab atau bertudung selalunya akan mengeluh jika mahu mencari pakaian yang sesuai untuk melakukan aktiviti bersukan. Ini kerana kebanyakan jenama yang ada di pasaran tidak memenuhi kriteria pakaian muslimah.

Baik baju atau seluar, ia tampil singkat, sendat dan melekat di badan. Habis terjojol semua aset yang ada. Dek itulah, ada yang teragak-agak untuk kekal aktif kerana tiada pakaian yang sesuai.

“Serba-salah dibuat. Kalau kita tak kisah dan sarung sahaja pakaian yang ada, pasti ada mulut-mulut yang mengeji. Bertudung tapi berpakaian ketat. Tapi hakikatnya memang susah hendak mencari pakaian sukan yang sesuai,” – itu antara keluhan yang biasa diluahkan oleh mereka yang mahu menutup aurat.

Mungkin kedengaran tidak logik, tetapi ada benarnya. Jika ada pun, mereka perlu korbankan gaya dan keselesaan untuk kekal aktif dan sihat.

Seiring dengan perkembangan dunia fesyen yang lebih meluas, kini golongan hijabista tidak perlu lagi mengeluh untuk kekal aktif, khususnya untuk aktiviti berenang LILIT., jenama yang menyediakan pakaian fesyen sopan untuk semua baru-baru ini telah melancarkan koleksi kedua pakaian untuk kekal aktif dengan membawakan set pakaian renang dan hijab baharu yang boleh didapati dalam pelbagai saiz, iaitu dari XXS (UK4) hingga 5XL (UK22). 

Jadi, tiada lagi alasan untuk hijabista tampil mencolok mata dengan pakaian sendat melekat ketika beriadah. Anda boleh teruskan gaya hidup aktif tanpa perlu berasa bersalah atau bimbang dengan umpatan orang sekeliling.

Dengan LILIT. anda tidak lagi perlu korbankan gaya dan keselesaan untuk kekal aktif dan sihat.

LILIT. merupakan antara jenama pertama di Malaysia yang memperkenalkan pakaian untuk aktiviti fizikal dengan memberi penekanan pada kesopanan dan saiz, meliputi koleksi pakaian renang baharu LILIT.

Koleksi ini, membawakan gaya rekaan yang sederhana dan lagi praktikal seperti penggunaan drawstring dan sambungan untuk anda kekal sopan, walaupun di dalam air. 

“Kami di LILIT. sentiasa mencari cara yang inovatif untuk memudahkan semua wanita menjaga kesopanan semasa bersukan. Melalui sokongan yang memberangsangkan ketika pelancaran pakaian aktif buat pertama kalinya, kami bertekad untuk meneruskan usaha menangani jurang dalam pasaran dan pada masa yang sama, menyediakan lebih banyak pilihan pakaian yang menjaga kesopanan dan selesa, sekali gus.”

“Gaya rekaan pakaian renang baharu kami akan membolehkan wanita dengan pelbagai jenis bentuk badan kekal aktif tanpa sebarang keraguan dan kebimbangan,” ujar Pengurus Jenama di LILIT., Amee Halim.

Koleksi ini bukan sahaja sesuai untuk berenang, tetapi ia juga sesuai untuk aktiviti senaman yang lain kerana materialnya yang elastik, ringan dan cepat kering.

Dengan memiliki koleksi senaman LILIT. ini bolehlah anda turut serta memeriahkan gerakan Get LIT. & Get FIT yang diperkenalkan oleh jenama ini.

Berikut adalah butiran mengenai koleksi pakaian renang yang dibawakan oleh LILIT..

1. Set renang (swim set) 

Pakaian Renang LILIT. bukan sahaja menarik dan bergaya tetapi juga memberikan pilihan kepada wanita yang mahu menjaga kesopanan dengan sepenuhnya sambil bergerak bebas dalam air. Untuk mengelakkan baju daripada terselak ketika berada di dalam air, baju dan seluar boleh disambung. Set ini boleh didapati dalam warna hitam, mauve, biru gelap dan kelabu.

2. Hijab renang (swim hijab)

Sesuai untuk aktiviti renang, dilengkapi dengan zip, kancing atau drawstring di bahagian belakang untuk mengelakkan leher daripada terdedah ketika berada di dalam air. Hijab ini diperbuat daripada fabrik spandex dan nilon untuk menjamin pemakaian tanpa kedut dan selesa sepanjang masa. 

3. Baju & seluar renang  

Rekaan berlapis ini sesuai untuk berenang di lautan mahupun kolam renang. Dilengkapi dengan zip bagi memudahkan ibu yang menyusukan anak.  Baju dan seluar renang ini sangat ringan, breathable, elastik, selesa dan diperbuat daripada fabrik cepat kering. Boleh didapati dalam pelbagai warna seperti hitam, dark olive, biru gelap, kelabu dan plum.

Dapatkan koleksi terbaharu ini di dalam talian di www.lilitstore.com atau aplikasi LILIT. atau di semua butik LILIT. Untuk lebih banyak perkembangan istimewa tentang jenama ini, anda boleh mengikuti LILIT. di Instagram @LILIT_Woman. - Getaran, 7 Jun 2022

Gambar: LILIT.

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Saksikan ‘GT World Challenge Asia’

2

Gaya 1 minggu yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Tewas Di Final BAC 2024

4

Sukan 2 minggu yang lalu

Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 Diadakan 10 Mei

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled