Berita Terkini

19 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Nak Pakai Kanta Lekap, Kena Tahu Caranya

Jangan ambil mudah kerana anda bakal mempertaruhkan anugerah yang cukup berharga daripada Allah.  

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 3:30AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang sudah biasa menggunakan kanta lekap, pemilihan kanta lekap mungkin tidak menjadi isu kerana masing-masing sudah tahu apa yang baik dan elok untuk mata mereka. Namun, bagi yang baru pertama kali ingin mencuba, jangan ambil mudah tentang pemilihan kanta lekap. 

Sama ada kanta lekap berwarna atau natural yang menarik perhatian, anda perlu tahu cara yang betul memilih kanta lekap. Jangan ambil mudah kerana anda bakal mempertaruhkan anugerah yang cukup berharga daripada Allah.

Jadi apa perkara yang wajib anda tahu sebelum mengambil keputusan untuk mengenakan kanta lekap?  

Menurut Optometris dan juga pemilik The Eye Shop Optometry, yang terletak di Bandar Baru Bangi, Siti Fairuz Mohd Sulaiman, mereka yang tidak pernah mengenakan kanta lekap harus buat pemeriksaan mata terlebih dahulu.

Pemeriksaan ini bertujuan untuk mengetahui sama ada pemilik mata itu sesuai atau tidak mengenakan kanta lekap.

“Mengenakan kanta lekap memang boleh membuatkan penampilan seseorang tampil berbeza dan cantik, tetapi seseorang itu perlu tahu sama ada dia sesuai atau tidak mengenakan kanta lekap.” 

“Sebenarnya bukan semua orang boleh memakai kanta lekap. Jika anda memiliki sepasang mata yang kering atau sangat kering, pemakaian kanta lekap adalah tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan komplikasi mata yang tidak diingini,” ulas Siti Fairuz.

Selain itu, Siti Fairuz juga berpesan supaya tidak membeli kanta lekap secara online atau daripada mana-mana individu yang tidak bertauliah. Ini kerana hampir semua yang berniaga secara online ini menyediakan kanta lekap yang tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya.

Mengikut Akta Optik 1991, kanta lekap hanya boleh dipreskripsi, diagihkan dan dijual oleh pengamal bertauliah yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia. Jadi jangan sesekali beli kanta lekap di pasar malam, kedai runcit, pusat kecantikan dan laman sosial (online). Walau apa pun, kena jumpa Optometris. Tiada kompromi,” tambah Fair lagi.

Pemilihan warna kanta lekap

Mengulas tentang pemilihan warna kanta lekap yang sesuai, Fair memberitahu ia bergantung pada diri masing-masing kerana setiap warna memberikan kesan berbeza pada si pemakai.

“ Ada yang memilih kanta lekap yang sesuai berdasarkan warna kulit masing-masing. Koleksi warna terang seperti biru, turquoise, violet amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit cerah kerana ia memberikan kesan dramatis secara semulajadi.” 

Bagi mereka yang mempunyai warna kulit gelap, variasi perang seperti honey dan coklat mampu menonjolkan mata yang lebih ceria. Bagaimanapun, jika mereka berani, pilihan warna ungu dan hijau mungkin boleh dicuba.”

Selain bergantung kepada warna kulit, pemilihan kanta lekap juga boleh dibuat berdasarkan personaliti seseorang. Jika anda seorang yang ceria, berani dan dramatik, anda boleh memilih warna seperti biru, merah, kelabu cerah, merah jambu, dan turquoise. 

Peraturan penting yang mesti ada patuhi apabila memakai kanta lekap

Merujuk kepada portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat beberapa peraturan penting yang anda harus patuhi apabila menggunakan kanta lekap:

1) Sentiasa basuh dan bilas tangan anda dengan sabun dan air yang bersih sebelum anda memegang kanta lekap.

2) Pastikan kuku tangan anda bersih dan pendek bagi mengelakkan kanta rosak dan terkoyak jika terkena pada hujung kuku.

3) Keluarkan kanta sebelum tidur walaupun untuk tempoh tidur yang singkat.

4) Keluarkan kanta jika mata berasa tidak selesa dan basuh kanta dengan larutan pembersih. Jika masih tidak selesa, jumpa optometris atau pakar oftalmologi untuk rawatan selanjutnya.

5) Anda boleh menggunakan ubat titis khas untuk melegakan mata atau comfort drops/rewetting solutions jika mata berasa kering.

6) Keluarkan kanta lekap dengan segera sekiranya pandangan menjadi kabur. Jika berterusan sila hubungi optometris atau pakar oftalmologi.

7) Keluarkan kanta lekap serta merta jika mata menjadi merah, pedih, sakit dan berair dan jumpa pakar oftalmologi dengan segera. 

8) Jangan sesekali menggunakan ubat titis air mata selain yang disarankan.

9) Jangan gunakan larutan kanta lekap jenis keras untuk kanta lekap jenis lembut dan sebaliknya.

10) Pastikan larutan disinfeksi ditukar setiap kali kanta dikeluarkan daripada bekas kanta lekap.

11) Jangan memakai kanta lekap dalam keadaan udara yang sangat kering, berhabuk atau di tempat yang mengeluarkan asap beracun atau bahan kimia.

12) Jangan menggunakan semburan rambut semasa memakai kanta lekap kerana ia boleh merosakkan kanta lekap tersebut.

13) Pakai kanta lekap dahulu sebelum mengenakan solekan terutama di bahagian mata, dan keluarkan kanta lekap sebelum menanggalkan solekan.

14) Jangan pakai kanta lekap jika keadaannya kering atau hampir kering. Rendam kanta lekap ke dalam larutan dan dapatkan khidmat nasihat optometris anda.

15) Jangan berkongsi kanta lekap dengan orang lain.

16) Jangan memakai kanta lekap melebihi tempoh pemakaian bagi kanta lekap jenis pakai buang.

17) Semua larutan pencuci mestilah dipakai dalam tempoh 3 bulan selepas dibuka.

Gambar: Pexel.com

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

3

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Beni Koji Choleste Help’ Tidak Berdaftar Di Malaysia - NPRA

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Refleksi 14 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN