web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


10 Gaya Paling Mempesona di #AJL35

SOP (prosedur operasi standard) ya, gaya juga ya. #AJL35 tetap meriah walaupun tanpa penonton. Berikut adalah sorotan gaya bintang-bintang yang membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 35.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 12:15PM

Gambar: TV3

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walau tanpa kehadiran penonton, malam Anugerah Juara Lagu 35 (#AJL35) tetap berlangsung meriah. Penganjuran #AJL35 tahun ini sedikit istimewa kerana ia dijalankan secara langsung dengan pembudayaan norma baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. 

Namun, apa yang boleh kami katakan, fesyen tidak berhenti kerana SOP. Tak kalah meriah, SOP tidak menghalang para artis yang membuat persembahan untuk melaram. Fesyen di mana-mana. Ada yang membuka mata, ada juga yang ‘menyeksa’ mata.

Meski itu, tidak perlulah kami berkata tentang fesyen-fesyen yang tidak baik. Lagipun, masing-masing punya selera fesyen yang berbeza, bukan? Demikian, kami persembahkan 10 gaya tidak mengikut turutan (yang kami rasa) paling mempesona di #AJL35 seperti yang tertera:

Gambar: IG @dayangsayangkamu
Gambar: IG @dayangsayangkamu

DAYANG NURFAIZAH

Moden dan bersih, Dayang hadir dalam persalinan busana #HouteCoutureRIZALMAN rekaan pengarah kreatif, Faizul Uziaf. Gaya ini divisikan oleh Abidin Khairul yang bertanggungjawab sebagai penyelaras imej Dayang. 

Gambar: IG @kakaazraff
Gambar: IG @kakaazraff

KAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B

Sang juara, Kaka Azraff, Noki dan Loca B mengambil pendekatan artistik dalam penataan penggayaan mereka. 

Sekali lagi mendapat mendapat sentuhan Abidin Khairul, Kaka dan Loca menyarung busana dari Kree Bespoke serba hitam rekaan pereka fesyen, Ridzuan Alias. Mahkota khas Kaka pula disulam oleh Bremen Wong Millinery. Noki segak menyarung oversized down jacket dari Kit Woo. 

Gambar: IG @nazlivingstyle
Gambar: IG @nazlivingstyle

AINA ABDUL

Aina tampil dramatik dalam gaun lisu (pleats) bersiluet besar dan sarat rekaan Hazzerwan dan Maryam dari Wan & Mary. Menurut Aina, busana ini mendapat inspirasi dari kisah ‘SEMALAM’. 

Topi yang direka menjadi seperti katil tidur seorang bayi adalah hasil interpretasi lirik ‘tinggal ku sendiri, ditemani jasad ini’. ‘Jasad’ itu sebagai metafora kepada figura bayi. 

Perincian pleated pada gaun ini pula inspirasi daripada daun palas kipas atau palm tree. Ia interpretasi seni reka fesyen terhadap lirik “diri ini bagai daun gugur”. Naz sebagai penata gaya.

Gambar: IG @rizmanruzaini
Gambar: IG @rizmanruzaini

HAEL HUSAINI

Hael tampil bersahaja dengan baju panas berhud yang dihiasi diamonte dari  #RizmanRuzainiCouture rekaan Rizman Ruzaini berona biru laut. Disolek oleh jurusolek selebriti, Fendi Sani dan rambut biru pula didandan oleh penggaya rambut profesional, Juno Ko. 

Gambar: IG @nabila.razali
Gambar: IG @nabila.razali

NABILA RAZALI

Serba putih dan suci, Nabila Razali menyarung gaun potongan duyung, dengan butiran manik-manik bercampur jemeki pada bahagian badan baju tanpa dart, yang menyerupai bentuk organik seperti daun. 

Gambar: IG @amaze_offical
Gambar: IG @amaze_offical

ERNIE ZAKRI 

Ernie menyarung ‘porcelain dress’ dari AMAZÉ. Gaya ini diinspirasikan dari budaya Peranakan, menceduk siluet dari seni tembikar kaum Baba dan Nyonya. Erni mahu memberi penghargaan kepada arwah nendanya yang berketurunan Peranakan. 

Ia memberi siluet kebaya ramping dengan structured hips bagi menyerlahkan potongan skirt tirus yang popular di era 50-an, era di mana bibit percintaan datuk dan nenda Ernie mula bertaut. 

Gambar: IG @zizi_kirana
Gambar: IG @zizi_kirana

ZIZI KIRANA

Zizi juga mahu membawa budaya dan mempersembahkan tradisi susur galurnya di pentas AJL dengan sepersalinan Kebaya Jawa rekaan Shanell Harun, lengkap dengan mahkota ciptaan Norashikin Abdul Hamid. Gaya ini ditata oleh penata gaya selebriti, Zulvanny. 

Gambar: IG @hattadolmat_
Gambar: IG @hattadolmat_

NAIM DANIEL

Kacak dengan sut HD Monogram (belted out detail & cinched waist) rekaan Hatta Dolmat. - Getaran, 16 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 15 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

2

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Aqasha, Aisha Retno, Mila Mohsin Barisan Utama Puteri Gunung Ledang The Musical

4

Muzik 3 minggu yang lalu

4 Dekad Fauziah Latiff: Kembara Kejujuran, Nostalgia Malar Segar

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi