web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelora Gaya Havana Mewarnai Rumah Tangsi 

Menampilkan LORD’s Cruise Collection 21/22 dengan gaya kasual santai Havana Cuba.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 2:48PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gaya santai kasual adalah satu trend fesyen yang tidak akan ditelan zaman!

LORD’s mempersembahkan Koleksi Cruise 21/22 dengan penuh eksklusif di pentas peragaan Kuala Lumpur Fashion Weekend di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur.

Koleksi Cruise 21/22 ini tampil dengan rekaan sartorial lebih santai dan meriah dengan warna. Ia merupakan koleksi terbaru LORD’s dengan nuansa santai kasual gaya Havana Cuba.

Setiap helaian koleksi ini dirancang dengan penuh teliti, namun tetap mengutamakan elemen keselesaan. Potongan tiap helaian dilonggarkan, tampil bersama jaket tidak berstruktur.

Koleksi Cruise 21/22 mengambil inspirasi gaya Havana Cuba. Berwarna-warni, setiap helaian memperhatikan perincian yang selesa. 

Potongan sengaja dilonggarkan dengan jaket dan blazer tidak berstruktur dan celana soljar gurkha menjadi tunjang utama koleksi.

Selesa dan telus angin, fabrik yang digunakan untuk koleksi ini terbuat daripada kain buatan Itali terbaik dari Solbiati Linen dan kain kapas dari Huddersfield Textiles. 

Reka bentuk poket tentera pada helaian jaket tentunya memberi kesan siluet yang menarik. Blazer dan sut tidak berstruktur pula harus menjadi helaian mesti ada di dalam almari anda.

Ia memberi keselesaan kepada mereka yang ingin menggayakan sepersalinan sut, sama ada untuk majlis perkahwinan taman mahupun untuk sesi percutian. 

Menariknya, Koleksi Cruise 21/22 tampil dengan warna-warna redup dan neutral. Ia boleh dipadankan dengan hampir semua jenis baju, kemeja mahupun celana khaki atau chino.

Ia memberi gaya sempurna untuk mendampingi suasana tropika. Selain itu, sut linen dan jaket kapas bercetak di dalam koleksi ini juga sesuai dipadankan dengan kemeja polo perdana LORD’s.

Koleksi Cruise 21/22 boleh didapati secara sedia-pakai (ready to wear) atau tempahan peribadi (made to measure) di Butik LORD’s di The Gardens Mall dan Parkson Elite Pavilion KL. – Getaran, 16 November 2021

Tetamu terhormat, Datuk Jimmy Choo turut diraikan sempena ulang tahunnya yang ke-73 tahun.
Tetamu terhormat, Datuk Jimmy Choo turut diraikan sempena ulang tahunnya yang ke-73 tahun.

Gambar: Sairien Nafis

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN