web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah Tangsi Jadi Pentas Fesyen KL Fashion Weekend 2021

Berlangsung secara maya, pertunjukan fesyen ini kembali dengan persembahan fesyen yang menitikberatkan unsur kelestarian.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 8:50AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dek penangan pandemik COVID-19, KL Fashion Weekend 2021 bakal dipancarkan secara maya bermula 25 hingga 28 November 2021. Acara fesyen ini dirakam terlebih dahulu di Rumah Tangsi dari 11 hingga 14 November 2021.

Rumah Tangsi terpilih sebagai lokasi pilihan kerana warisan dan sejarah pemiliknya, Loke Chow Kit yang merupakan pelopor industri runcit di Malaysia. Untuk yang tidak mengetahui, Loke Chow Kit adalah rakyat Malaysia pertama yang membuka pasar raya di negara ini.

Para pereka fesyen yang terlibat di dalam pementasan fesyen kali ini mewakili spektrum industri fesyen tanah air. Antaranya, Datuk Tom Abang Saufi, Zang Toi, Tym Fatimah, Wan & Mary, Bin Qareem, Faisol Abdullah, Atma Alam, Jafiqa dan Ash Majid.

Pertunjukan fesyen ini turut menampilkan graduan-graduan jurusan fesyen dari Universiti Teknologi Mara (Uitm) dan Raffles dengan tujuan untuk menyebarkan kesedaran serta pendidikan fesyen dalam kalangan masyarakat. 

“KL Fashion Weekend 2021 bakal menjadi pentas fesyen pertama di negara ini yang bakal dipersembahkan secara ‘Phygital’ iaitu kombinasi antara dunia fizikal dan digital (metaverse).

“Ia sesuatu yang belum pernah terjadi di Malaysia dan bakal menempa sejarah industri fesyen tempatan,” kata Dodi Mohammad, perancang dan pengasas KL Fashion Weekend 2021, yang juga pegawai seranta kepada Prof. Datuk Jimmy Choo. 

Konsep ini dijangka bakal merevolusikan acara-acara dan pertunjukan fesyen utama di Malaysia. Malah, isu pembaziran dari industri fesyen juga boleh dibendung melalui konsep lestari ini. 

Jadi, Apa itu metaverse? Ia merupakan satu visi masa hadapan yang membolehkan pengguna menggunakan avatar maya mereka untuk berinteraksi melalui dunia maya. 

Sebagai contoh, koleksi-koleksi yang dipersembahkan di KL Fashion Weekend 2021 juga boleh dilihat melalui metaverse

Anda boleh melawati ruang pameran secara maya ini dan mencuba koleksi-koleksi yang tersedia, malah boleh mencuba koleksi akan datang secara maya melalui avatar itu tadi.

Dikelola oleh Tradisi Busana PR dengan sokongan KKKM MyCreative Penjana, KL Fashion Weekend 2021 ialah sebuah acara fesyen yang memberi tumpuan kepada masyarakat umum. 

Ia berbeza dengan acara-acara fesyen mingguan yang lain kerana tidak hanya tertakluk kepada sebilangan kecil kelompok fesyen sahaja. 

Layari KL Fashion Weekend 2021 untuk maklumat lanjut. - Getaran, 12 Oktober 2021

Semua gambar: Latiff Napoleon

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Sandy Liang Dan Salomon Berkolaborasi Buat Kali Kedua

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

4

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN