web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Jangan Anggap Barang 'Bundle' Tiada Nilai" - Peniaga

Azlamy Afiq berkata beliau menangkis persepsi negatif segelintir masyarakat yang menganggap barangan dan pakaian bundle adalah kotor dan buruk.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 9:11AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

"Jangan anggap barang 'bundle' tiada nilainya," demikian luahan Azlamy Afiq Shafie, 30, usahawan bundle (longgokan) yang lebih 10 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan ini secara dalam talian ketika masih menuntut di universiti.

Azlamy Afiq atau lebih dikenali 'Lammy' dalam kalangan rakan-rakannya berkata beliau menangkis persepsi negatif segelintir masyarakat yang menganggap barangan dan pakaian bundle adalah kotor dan buruk.

Sebaliknya, katanya  sebagai peniaga bundle beliau amat menitikberatkan kualiti dan penjagaan barang-barang bundle ini supaya ia tidak dijual dalam keadaan yang rosak kepada pelanggan.

"Sebelum saya jual barang-barang bundle seperti baju dan seluar, saya akan basuh terlebih dahulu supaya tidak ada sebarang kekotoran atau habuk yang melekat pada pakaian ini.

"Saya akan meneliti satu per satu dan setiap helaian pakaian ini, jika ada yang rosak, warnanya lusuh dan tidak sesuai digunakan, saya tidak akan menjualnya kepada pelanggan," katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.

Anak kelahiran Tanah Merah itu juga tidak menyangka berkat kesabaran dan usahanya dalam perniagaan bundle secara dalam talian selama ini, beliau mampu memiliki sebuah kedai bundle 'Lammy Bundle’ di Kubang Kerian, di sini sejak awal tahun ini.

Bagi Azlamy Afiq, walaupun barangan bundle ini adalah 'rejected' (barangan yang ditolak) atau 'second hand' (barangan terpakai) namun ia sebenarnya ia masih mempunyai nilai harga yang berbeza-beza bergantung kepada jenama dan kualiti barangan dan pakaian tersebut.

"Hari ini kita lihat ramai anak muda telah mula menceburi perniagaan ini sebab keuntungan yang diperoleh amat lumayan kerana pelanggan atau penggemar bundle ini tidak tertumpu kepada golongan tertentu sahaja.

"Malah, keuntungan saya jual bundle ini pernah mencecah RM5,000 sebulan, hanya menjualnya secara dalam talian dan bagi saya ini adalah pencapaian yang membanggakan kerana modal yang dikeluarkan tidaklah terlalu banyak," katanya mengakui pakaian bundle tetap mempunyai pasarannya tersendiri.

Bercerita lanjut, Azlamy Afiq berkata walaupun negara masih berdepan penularan wabak COVID-19, semangatnya dalam perniagaan bundle tidak pernah pudar dan ia sebenarnya memberi motivasi kepadanya untuk terus berniaga meskipun ramai rakan-rakannya yang berniaga barangan bundle telah berputus asa.

"Saya masih aktif berniaga secara dalam talian selain menyertai mana-mana aktiviti atau penganjuran yang membabitkan jualan perniagaan untuk saya tambah lagi pendapatan," katanya.

Pada masa sama beliau turut mengajak golongan muda khususnya siswazah menganggur supaya menceburui bidang perniagaan bundle sementara menunggu pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dimiliki.

"Saya mahu mengubah persepsi segelintir siswazah, usah tunggu untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan dimiliki sebaliknya, cipta sendiri peluang pekerjaan berdasarkan pengetahuan-pengetahuan ketika mengikuti pengajian di universiti," katanya mengakhiri perbualan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN