web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Item Fesyen Untuk Oktober Yang Bergaya

Intai apa yang terbaharu di pasaran fesyen untuk Oktober ini.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 8:30AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Oleh kerana banyak negeri termasuk Lembah Klang sudahpun memasuki Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), sudah sampai masanya melabur untuk fesyen. 

Bergayalah ke pejabat, mahupun hanya sekadar bersiar-siar di pasar raya, kami rangkumkan lima item fesyen untuk oktober anda yang lebih bergaya.

#1 Lord’s Cruise Collection

Koleksi ini mengambil inspirasi gaya Havana Cuba. Berwarna-warni, setiap helaian memperhatikan perincian yang selesa. 

Potongan sengaja dilonggarkan dengan jaket tidak berstruktur dan celana soljar gurkha menjadi tunjang utama koleksi.

Selesa dan telus angin, fabrik yang digunakan untuk koleksi ini menampilkan kain buatan Itali terbaik dari Solbiati Linen dan kain kapas dari Huddersfield Textiles. 

Tampil kemas dan kacak dengan sut linen dan seluar chino, dipadankan pula dengan barisan kemeja polo Havana yang santai.

#2 Levi’s X Felix the Cat

Levi’s pula bergandingan dengan Felix the Cat untuk koleksi musim luruh/sejuk 2021. 

Berinspirasikan siri kartun popular era 60an, koleksi ini menggambarkan situasi Felix berada di kolej. Dengan tema Felix the Graduate, koleksi ini mengembalikan semula memori kala kuliah di universiti dengan helaian kontemporari pada rekaan varsiti klasik.

Antaranya, baju panas berhud, jaket ragbi, celana dan kemeja T. Dari segi rekaan, ia adalah pertembungan antara penampilan kemas dengan stail jalanan 90an. Koleksi ini menzahirkan gabungan masa lalu dengan masa sekarang, yang disemarakkan lagi dengan budaya pop.

#3 Casio EDIFICE 

Casio Co Ltd bekerjasama dengan Honda Motor untuk pelancaran Casio EDIFICE sempena Honda Racing ECB-S100HR.

Berasaskan konsep ‘kelajuan dan kepintaran’, Casio EDIFICE menawarkan tali jam kulit asli yang selesa pada pergelangan tangan. Badan jam berwarna putih dan merah bagi melambangkan matahari terbit iaitu negara asal kedua-dua syarikat gergasi ini. 

Jam tangan Casio edisi terhad ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri berteknologi tinggi termasuk teknologi Tough Solar yang menukarkan cahaya matahari kepada kuasa bateri tambahan. Casio EDIFICE turut dilengkapi sambungan Bluetooth yang boleh disambung ke telefon pintar anda. 

#4 LEGO Ideas Fender Stratocaster Set 

LEGO Group melancarkan LEGO Ideas Fender Stratocaster Set ciptaan pereka terkenal, Tomáš Letenay.

Sama ada anda peminat muzik rock n roll, mahupun heavy metal, anda berpeluang memiliki gitar ikonik ini yang selalunya dimainkan oleh para rockers legenda dalam bentuk bongkah LEGO. 

Hiaskan meja belajar di rumah atau meja bekerja di pejabat dengan LEGO Ideas Fender Stratocaster Set ini yang berharga RM499.90 seunit. 

#5 Mango: This is Family

Mango melancarkan koleksi This is Family untuk musim luruh/sejuk 2021. Konsepnya bagi anda berkongsi momen-momen indah bersama yang tersayang iaitu keluarga. Koleksi ini menggunakan bahan-bahan lestari dalam pembikinannya. 

Sorotan utama termasuklah jaket dan baju kait untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak dalam warna-warna asas seperti hitam, putih, biru dan coklat. Mango: This is Family hadir dalam gaya kasual namun elegan. - Getaran, 5 Oktober 2021

Semua gambar: Jenama-jenama berkenaan

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

4

Gaya 2 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

oleh Rahayu MN