web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raikan Hari Kucing Antarabangsa Bersama Cartoon Network 8 Ogos Ini!

Khusus buat semua pencinta kucing, acara ini didedikasikan buat anda! Ia juga diadakan untuk meningkatkan kesedaran terhadap haiwan comel ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 8:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahukah anda bahawa 8 Ogos merupakan Hari Pecinta Kucing Sedunia? Mungkin ramai tidak tahu bahawa Hari Kucing Antarabangsa sudah ditetapkan sejak tahun 2002 oleh lembaga perlindungan haiwan antarabangsa, International Fund Animal Welfare (IFAW).

Jadi, bagi meraikan perayaan Hari Kucing Antarabangsa ini, Cartoon Network bakal mengadakan beberapa program dan aktiviti istimewa untuk meningkatkan kesedaran serta memupuk cinta terhadap haiwan ini. 

 
Cat-Stravaganza | Cat-Toon Network

In celebration of our feline friends on World Cat Day, Cartoon Network will be transforming into Cat-Toon Network! ? Have your cats show off their skills in our Cat-raoke Contest for a chance win some meowsome goodies, and tune in to Cat-Toon Network’s 4-day Cat-Stravaganza featuring a non-stop, all-day meow-a-thon of your favorite cartoons. Psst, SingTel and StarHub customers rejoice - don't miss the free National Day previews from 6-10 August and 6-16 August respectively. Enjoy the National Day weekend with your favourite CN cats and more exciting channels!

Posted by Cartoon Network on Tuesday, July 27, 2021

Cartoon Network yang terkenal dengan rancangan menampilkan watak kucing seperti ‘Tom and Jerry’, ‘Sylvester’, ‘Gumball’, ‘Unikitty!’, ‘The Amazing World of Gumball’, ‘Oggy and the Coackroaches’ bakal bertukar sepenuhnya kepada ‘Cat-Toon Network’ khas buat 8 Ogos nanti.

Tahukah anda bahawa kucing boleh mengeluarkan lebih daripada 100 jenis bunyi vokal? Oleh demikian, Cartoon Network mahu mengajak anda untuk menyertai program ‘Cat-Raoke’ bersama kucing peliharaan untuk menunjukkan kemahiran vokal dan menari mengikut lagu tema kempen ini. 

 
Cat-raoke Contest | Cartoon Network

Join our Cat-raoke Contest as we celebrate World Cat Day and stand a chance to win some paw-some prizes ? To enter, simply upload a video of your feline pals jamming to the Cat-Toon Network theme song on Facebook or Instagram, and remember to include #CatToonNetworkChallenge in your post. Have fun and good luck! T&Cs apply: https://bit.ly/CatToonNetwork

Posted by Cartoon Network on Sunday, July 25, 2021

Dengan menghantarkan persembahan kucing kesayangan dari 26 Julai hingga 8 Ogos, anda berpeluang memenangi hadiah eksklusif bernilai RM500. 

Bukan itu sahaja, Cartoon Network juga bakal menyiarkan program ‘Meow-a-thon Ekstravaganza’ selama empat hari dan menampilkan rancangan seperti ‘Tom and Jerry’, ‘Looney Tunes Cartoons’, ‘The Amazing World of Gumball’, ‘Unikitty!’, ‘Oggy and The Cockroaches’, ‘ThunderCats Roar’ dan ‘Mao Mao: Heroes of Pure Heart’ dan banyak lagi.

Apa yang lebih menarik, anda juga boleh kongsikan gambar-gambar kucing kesayangan anda yang lucu di ‘Fan Art Fridays’ bersama penerangan ringkas tentangnya dan menjelaskan mengapa mereka adalah kucing terbaik di dunia.

Tambahan pula, sudah tiba masanya untuk anda bergaya bersama kucing anda dengan pakaian, mainan, serta aksesori khas ‘Tom and Jerry’ yang boleh dibeli secara atas talian di Toys “R” Us, Aurora Italia, Kismet Decals dan Kidz World MY.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk menambahkan koleksi anda, atau menghadiahkan kepada rakan-rakan pencinta kucing yang lain.

Di samping itu, adakah anda berminat untuk mengadopsi haiwan peliharaan?

Cartoon Network telah berganding bahu bersama pusat perlindungan haiwan, S.I Home Shelter untuk membantu mendapatkan rumah kekal buat si comel yang memerlukan perlindungan.

Lapan orang terawal yang ingin mengadopsi kucing peliharaan turut mendapat set hadiah istimewa ‘Cat-Toon’.

Jika anda belum bersedia untuk memikul tanggungjawab ini, anda juga boleh memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai, makanan haiwan dan juga barang keperluan penjagaan haiwan kepada S.I Home Shelter.

Kepada yang berminat untuk menyertai acara ini, anda boleh menonton program ‘Cat-Toon’ pada hari bulan 8 Ogos nanti melalui saluran Cartoon Network di Astro (615 HD) dan HBO Go. - Getaran,3 Ogos 2021

 

Semua gambar: Warner Media, Cartoon Network Asia

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Animasi Mechamato Ke Stesen TV Popular Portugal

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Siri Animasi 'Mechamato' Raih Perhatian Peminat Tempatan, Antarabangsa

3

Filem & TV 5 tahun yang lalu

Mulakan Pengembaraan Di Rumah Bersama Cartoon Network!

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN