web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mulakan Pengembaraan Di Rumah Bersama Cartoon Network!

Jangan takut bosan semasa cuti raya dan PKP ini. Cartoon Network menyediakan tontonan serta aktiviti sesuai untuk dinikmati seisi keluarga!

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 9:00AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersedialah untuk keseronokan sepenuhnya bersama Cartoon Network. Kanak-kanak dan ibu bapa boleh menikmati lebih daripada 150 pengembaraan di microsite CartoonNetworkAsia.com/BestSummerEver yang bermula dari 3 Mei hingga 27 Jun hadapan.

Dalam tempoh ini, anda seisi keluarga boleh mewujudkan ‘zon ceria’ dalam keselesaan dan terjamin keselamatannya di rumah sendiri bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan yang luar biasa ketika musim cuti sekolah, hujung minggu dan juga pada hari-hari biasa sepanjang tempoh dua bulan ini.

Aktiviti-aktiviti yang tersedia ini diletakkan di bawah salah satu daripada lima tema iaitu bermain, muzik, pergerakan, penerokaan dan permainan:

Bermain: Craft Creek bersama Looney Tunes adalah aktiviti yang membantu melatih sisi kreatif seisi keluarga - mengadun resipi yang enak, melakukan aktiviti kraf D.I.Y dan banyak lagi.

Muzik: Toon Tunes Valley bersama We Bare Bears mengajak anda menyanyi sepuas hati, sama seperti Ice Bear! Pilih lagu Cartoon Network kegemaran anda, berlatih menyanyi, dan bolehlah mula menyanyi bersama-sama. Lebih baik lagi, jika seisi keluarga memilih satu lagu setiap orang dan jadikan rumah anda seperti lokasi konsert!

Pergerakan: Gymsville bersama Tom and Jerry membuatkan jantung anda berdegup kencang dengan set video senaman rahsia Tom. Lagipun, telatah mereka memang memerlukan dua watak ini untuk sentiasa cergas, dan anda juga boleh menjadi sihat dan aktif (sama seperti mereka).

Penerokaan: Toonsplorer Island, dihoskan oleh Teen Titans Go! akan membawa anda melalui pelbagai jenis pengembaraan. Muat turun stiker WhatsApp, hiasan latar mudah alih yang memaparkan rancangan kegemaran anda, menjadi hos mesyuarat melalui Zoom di Gua Beruang dan banyak lagi.

Permainan: Arcade Town bersama Ben 10 menyediakan pelbagai jenis permainan menghiburkan! Sama seperti arked sebenar, pilih permainan kegemaran yang mampu menyemarakkan daya saing anda.

Sahut cabaran yang ada dengan beberapa sesi permainan yang hebat, dan ajaklah rakan-rakan anda untuk bermain sama. Lihat siapa yang lebih handal.

Dengan lebih 150 aktiviti, terdapat begitu banyak pilihan yang menanti, termasuklah cabaran digital untuk membuka e-ganjaran eksklusif seperti hiasan latar mudah alih, stiker dan sijil eksklusif. 

Selain itu, setiap keluarga juga boleh memuat naik gambar atau video pengembaraan di rumah ciptaan mereka di microsite Best Summer Ever Cartoon Network bagi berpeluang melihat ia disiarkan di kaca televisyen serta memenangi hadiah hebat sambil mencipta kenangan terindah!

 

Membawakan siri asal kegemaran ramai

Kempen Best Summer Ever Cartoon Network juga menyajikan siri asal kegemaran ramai dan tayangan perdana selama lapan minggu, dengan sorotan berikut: 

Siri kartun Looney Tunes terbaharu, Looney Tunes Cartoons, di Cartoon Network (Astro Saluran 615 HD) dalam pelancaran filem animasi Space Jam: A New Legacy yang memaparkan juara bola keranjang LeBron James dan pengembaraan epiknya bersama Bugs Bunny dan kru Looney Tunes. Filem yang dinanti-nantikan ini akan ditayangkan di pawagam pada hari Khamis, 15 Julai.

Ben Gen 10 istimewa selama sejam di mana Ben perlu menyelamatkan dunia daripada Omnitrix yang mengalami kegagalan fungsi dan menjangkiti manusia dengan DNA asing, tayangan perdana pada hari Sabtu, 22 Mei, jam 11 pagi di Cartoon Network dan perkhidmatan penstriman HBO GO.

Adventure Time: Distant Lands, musim keempatnya akan disiarkan buat kali pertama pada Sabtu, 12 Jun, jam 9 malam di Cartoon Network dan HBO GO, di mana Finn dan Jake bersatu kembali untuk mengharungi pengembaraan paling penting dalam hidup mereka.

Sempena sambutan Syawal, Astro turut menghidangkan kepada semua pelanggannya program-program Cartoon Network yang paling popular bermula dari 26 Mei hingga 13 Jun melalui On Demand dan Astro GO.

Ini termasuklah The Amazing World of Gumball dan Ben 10 serta We Bare Bears, New Looney Tunes, Tom and Jerry Tales dan banyak lagi. Tontonlah program istimewa Best Summer Ever Cartoon Network pada bila-bila masa, di mana sahaja! - Getaran, 11 Mei 2021

Semua gambar: Ihsan Cartoon Network

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Tidur Dalam Kereta Sudah Dibantu, Urusan Lain Akan Diselesaikan - Dr Taufiq

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Wartawan Palestin, Keluarga Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Kakitangan Kedutaan Malaysia Di Lubnan Diarah Pulang Ke Tanah Air

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN