web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siri Animasi 'Mechamato' Raih Perhatian Peminat Tempatan, Antarabangsa

'Mechamato' Top 5 bagi kategori Watak Animasi Popular 2021 ABPBH34 dan disenaraikan sebagai antara 50 siri paling dinanti seluruh dunia oleh C21 Media dari London.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Oct 2021 8:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri animasi terbaharu keluaran Monsta, 'Mechamato' berjaya meraih perhatian peminat tempatan dan juga antarabangsa walaupun belum ditayangkan di mana-mana kaca televisyen.

Monsta dalam kenyataan hari ini memaklumkan 'Mechamato' mendapat pencalonan TOP 5 di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 bagi kategori ‘Watak Animasi Popular 2021’ baru-baru ini.

Bagi peringkat antarabangsa, portal media C21Media dari London, United Kingdom pula menyenaraikan siri animasi itu antara 50 siri televisyen paling dinantikan di seluruh dunia untuk tahun ini.

Ketua Jenama dan Jualan Antarabangsa Monsta, Faiz Zainal Aabidin dalam kenyataan sama turut mengucapkan terima kasih kepada penonton dan peminat atas sokongan kepada siri animasi keluaran Monsta.

"Kami amat berbesar hati dan berharap para peminat akan terus memberikan sokongan yang padu kepada kedua-dua animasi ini. Teruskan mengundi untuk 'Mechamato' dan 'BoBoiBoy' di anugerah tersebut (ABPBH),” katanya.
 
Monsta memaklumkan siri 'Mechamato' akan mula disiarkan di seluruh Asia Pasifik, termasuk di Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Australia dan New Zealand 4 Disember ini dan di Jepun pada Mac 2022 menerusi saluran Cartoon Network.

Katanya, pelanggan saluran Cartoon Network dapat menyaksikan episod sneak peek istimewa sebulan lebih awal, iaitu pada 6 November.

“Turut mengujakan, siri ini kini sedang dalam proses alih suara ke pelbagai bahasa berbeza termasuk bahasa Korea dan Jepun sebagai persediaan untuk memasuki pasaran antarabangsa,” katanya.

‘Mechamato The Animated Series’ kini dipegang pengedar kedua terkemuka dunia, Jetpack Distribution dari Eropah sebagai pengedar rasmi Monsta di luar Asia Pasifik. - Bernama
 

Gambar: Twitter @Mechamato

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Animasi Tempatan Mechamoto Movie Tembusi Layar Perak Jepun

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Boboiboy Galaxy SORI Temui Peminat Mulai Esok

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Treler BoBoiBoy Galaxy SORI Raih 2 Juta Tontonan Dalam Masa 24 Jam

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN