web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Boboiboy Galaxy SORI Temui Peminat Mulai Esok

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 1:10PM

Tayangan Boboiboy Galaxy ini terbahagi kepada empat siri pendek

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tayangan BoBoiBoy Galaxy SORI akan kembali menemui penonton di seluruh rantau Asia bermula esok menerusi beberapa platform selepas lima tahun menyepi tanpa episod baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta) Nizam Abd Razak berkata tayangan BoBoiBoy Galaxy itu terbahagi kepada empat siri pendek iaitu 'BoBoiBoy Galaxy SORI', 'BoBoiBoy Galaxy Windara', 'BoBoiBoy Galaxy Gentar' dan 'BoBoiBoy Galaxy Gur'latan'.

Ditemui BERNAMA pada program ‘Megafan Screening BoBoiBoy Galaxy SORI’ di sini hari ini, beliau berkata penceritaan dan pengembaraan BoBoiBoy Galaxy adalah kesinambungan daripada filem BoBoiBoy Movie 2 yang ditayangkan pada 2019.

“Setiap siri itu mengandungi enam episod yang akan disiarkan pada setiap cuti sekolah. Tempoh siaran tersebut mungkin hingga akhir 2026, iaitu jangkaan Boboiboy Movie 3 akan menemui penonton.

“Itu antara motif kita untuk menarik kumpulan penonton menerusi siaran Boboiboy Galaxy sedikit demi sedikit (pada cuti sekolah) untuk mereka dapat menonton Boboiboy Movie 3 kelak,” katanya.

Keempat-empat siri berkenaan juga dihasilkan dengan empat tema berbeza, berlatarbelakangkan penceritaan dan pengembaraan yang diolah semula dari siri komik BoBoiBoy Galaxy musim kedua.

Siri BoBoiBoy Galaxy SORI akan menemui penonton menerusi platform penstriman popular Neftlix dan Monsta YouTube Channel bermula esok manakala saluran TV9 pula mulai 13 Disember depan.

Nizam dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan kepada peminat BoBoiBoy yang dinamakan sebagai Generasi B (BoBoiBoy) kerana sentiasa menyokong siri animasi tempatan berkenaan.

“BoBoiBoy sudah beraksi lebih 12 tahun, kami sedar ramai penonton yang mengikuti BoBoiBoy sejak kecil dan kini mereka sudah membesar.

“Mereka ini digelar ‘Generasi B’ iaitu mereka membesar bersama BoBoiBoy bukan setakat sebagai siri animasi, tetapi sebagai ikon yang sihat dan mempunyai jati diri yang boleh dicontohi,” katanya.

Lebih 400 peminat BoBoiBoy diraikan di program ‘Megafan Screening BoBoiBoy Galaxy SORI’ yang diisi dengan aktiviti bertemu barisan pelakon suara siri tersebut, bergambar dengan maskot dan tayangan khas tiga episod siri baharu itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Filem 'Mechamato' Daripada Monsta Bakal Ditayang 8 Disember Ini

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Iklan 'Kembali Aidilfitri' Monsta Raih 1.5 Juta Tontonan Dalam Sehari

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Iklan Lembaga Koko Tampil Profesor Koko, BoBoiBoy Raih Lebih 1.5 Juta Tontonan

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Siri Animasi 'Mechamato' Raih Perhatian Peminat Tempatan, Antarabangsa

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 9 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN