web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem 'Mechamato' Daripada Monsta Bakal Ditayang 8 Disember Ini

'Mechamato' memfokuskan kepada seorang budak lelaki bernama Amato dan rakan robotnya Mechabot, yang melawan robot jahat. Amato merupakan bapa kepada watak popular BoBoiBoy.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 12:18PM

Siap sedia untuk raikan 'Mechatober' bersama siri dan filem Mechamato - Gambar Twitter Monsta

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar siri animasi 'BoBoiBoy’ tidak akan mahu terlepas aksi siri dan filem animasi Mechamato ciptaan syarikat Monsta yang akan ditayangkan tahun ini.

Monsta dalam kenyataan memaklumkan sempena Oktober yang digelar bulan 'Mechatober’, siri animasi 'Mechamato The Animated Series’ akan tiba di saluran Netflix bermula 1 Oktober ini dengan tayangan dalam enam bahasa berbeza termasuk Korea dan Jepun.

“Pada 3 Oktober pukul 6 petang pula, semua penonton akan dapat mengejar siri ini di rangkaian TV9 secara percuma di seluruh negara. Selain itu, laman rasmi YouTube Monsta Channel akan turut memuat naik siri ini dalam versi bahasa Melayu.

Gambar Twitter Mechamato
Gambar Twitter Mechamato

“Tidak hanya terhenti pada bulan Oktober, siri tersebut bakal bersambung sehingga cuti sekolah hujung tahun ini di saluran televisyen tempatan TV3 bermula 4 Disember pada 10.30 pagi,” menurut kenyataan itu.

Mechamato memfokuskan kepada seorang budak lelaki bernama Amato dan rakan robotnya MechaBot, yang melawan robot jahat. Amato merupakan bapa kepada watak popular BoBoiBoy.

Sementara itu, filem Mechamato Movie akan mula ditayangkan di pawagam tempatan bermula 8 Disember, bersempena cuti sekolah hujung tahun ini

.

“Setelah tiga tahun penantian, kemuncak yang paling dinanti-nantikan oleh para penonton filem tempatan bakal meletup dengan persembahan filem animasi Mechamato Movie.

“Sama-sama kita raikan Mechamato bermula Oktober ini di mana jua anda berada,” kata Ketua Jenama dan Jualan Antarabangsa MONSTA Faiz Zainal Aabidin dalam kenyataan yang sama.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Mechamato, filem Mechamato Movie ialah Origin Arc (arka asal) apabila Amato kali pertama berjumpa dengan MechaBot yang terhempas ke bumi dengan robot-robot jahat yang lain.

“Dalam siri Mechamato, Amato dan MechaBot perlu menjejaki kesemua robot jahat yang terhempas dan terlepas di sekitar Kota Hilir (tempat rekaan dalam Mechamato),” menurutnya.

Monsta juga merupakan pencipta kepada siri animasi BoBoiBoy yang telah berjaya menembusi lebih 70 negara di seluruh dunia dan dialih kepada lebih 12 bahasa. - Bernama

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN