web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Iklan 'Kembali Aidilfitri' Monsta Raih 1.5 Juta Tontonan Dalam Sehari

Iklan Raya Monsta 2022 bertajuk 'Kembali Aidilfitri' sohor kini di pelbagai platform digital dan meraih lebih 1.5 juta tontonan dalam tempoh 23 jam selepas dimuat naik di YouTube pada Jumaat lalu.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Apr 2022 10:45AM

Gambar: Twitter @MonstaOfficial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Iklan Raya Monsta 2022 bertajuk 'Kembali Aidilfitri' sohor kini di pelbagai platform digital dan meraih lebih 1.5 juta tontonan dalam tempoh 23 jam selepas dimuat naik di YouTube pada Jumaat lepas, sekali gus berada di tempat teratas 'YouTube Trending.

Monsta dalam kenyataan hari ini memaklumkan iklan BoBoiBoy itu juga telah sohor kini dengan tanda pagar  #KembaliAidilfitri pada laman Twitter di Malaysia dan Indonesia.

"Di laman Facebook rasmi BoBoiBoy, ia sudah mencapai lebih dari satu juta perkongsian dan tiga juta ‘Like’ manakala di aplikasi TikTok pula, video yang menggunakan tanda pagar  #KembaliAidilfitri telah pun mencecah lebih dari 37 juta tontonan," menurut kenyataan itu.

Iklan Raya “Kembali Aidilfitri” yang berdurasi selama lapan minit tersebut memaparkan keriangan BoBoiBoy dan rakan-rakan serta Tok Aba dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka di Kota Hilir.

Menurut kenyataan itu, walaupun iklan raya itu menekankan tentang kepentingan menyambut Aidilfitri dengan yang tersayang, ia turut mengajak semua orang untuk sentiasa mengingati mereka yang meninggal dunia.

Sementara itu, Pengarah Marketing Agency dan Distribution MONSTA, Faiz Zainal Aabidin berkata secara tidak langsung, iklan berkenaan merupakan hadiah istimewa daripada MONSTA buat peminat setia yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti kepada siri animasi BoBoiBoy dan Mechamato.

Rata-rata netizen pula tersentuh dan berasa hiba melihat watak Tok Aba mengimbau kembali kenangan mesra bersama Amato dan Umi serta merindui kehadiran mereka di sisinya.

Iklan raya 'Kembali Aidilfitri' turut ditayangkan di stesen televisyen tempatan TV3 dan Astro Ceria, serta disiarkan di stesen televisyen Indonesia RTV sepanjang perayaan Aidilfitri ini.

Monsta adalah syarikat harta intelek dan watak yang telah menghasilkan pelbagai siri animasi, filem dan produk pengguna dalam masa lebih dari sedekad di mana syarikat itu dikenali dengan francais animasi popular BoBoiBoy, Papa Pipi, siri pelancongan Fly With Yaya, dan Mechamato.

BoBoiBoy merupakan satu kejayaan luar biasa di rantau Asia, dengan lebih enam bilion tontonan di YouTube sehingga hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Gaya 2 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN