web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Treler BoBoiBoy Galaxy SORI Raih 2 Juta Tontonan Dalam Masa 24 Jam

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 8:23AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Treler Siri BoBoiBoy Galaxy SORI yang dipersembahkan oleh MONSTA berjaya mencapai lebih dari dua juta tontonan dalam masa 24 jam selepas dimuat naik di seluruh platform media sosial seperti Youtube, TikTok, Facebook, Instagram dan X.com (Twitter).

Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak berkata, treler siri animasi yang bersifat untuk tontonan semua berdurasi hampir dua minit itu turut berjaya menjadi sohor kini di Youtube Indonesia di bawah kategori Filem.

"Kami ingin memastikan peminat boleh menonton siri ini dengan mudah. Sebab itu kami memilih platform penstriman terkenal seperti NETFLIX dan Youtube, serta televisyen tempatan TV9 untuk siaran pada musim cuti sekolah Disember ini.

"Siri ini juga bakal dieksport ke negara-negara jiran seperti Indonesia, maka satu daripada watak baharu dalam siri BoBoiBoy Galaxy SORI bernama Qually telah diberikan suara dalam Bahasa Indonesia," katanya dalam satu kenyataan.

Nizam berkata, keputusan mewujudkan watak itu dibuat untuk membawa nilai keakraban kepada negara tetangga itu, selain sebagai tanda terima kasih kepada peminat tegar dari Indonesia yang tidak berhenti memberi sokongan kepada animasi BoBoiBoy.

Selain itu, MONSTA turut menyatakan komitmen mereka untuk menghidangkan hiburan berkualiti tinggi yang bersesuaian dan selamat untuk tontonan seisi keluarga. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Animasi Tempatan Mechamoto Movie Tembusi Layar Perak Jepun

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Iklan Raya Monsta 'Temani Raya' Raih 20 Juta Tontonan Dalam 24 Jam

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Mechamato Terima Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa