web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Iklan Raya Monsta 'Temani Raya' Raih 20 Juta Tontonan Dalam 24 Jam

Menurut kenyataan MONSTA, ‘Temani Raya’ adalah edisi keempat rantaian iklan raya MONSTA selepas ‘Kebenaran Raya’ pada 2019, ‘Memori Eidulfitri’ pada 2021 dan ‘Kembali Aidilfitri’.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 1:29PM

Iklan raya MONSTA sekali lagi trending pada tahun ini apabila tular di media sosial - Gambar Twitter Monsta

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Iklan raya MONSTA sekali lagi trending pada tahun ini apabila tular di media sosial selepas meraih 20 juta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik di pelbagai platform digital MONSTA seperti Youtube, Facebook, Instagram, Twitter dan Tik Tok. 

Menurut kenyataan MONSTA, ‘Temani Raya’ adalah edisi keempat rantaian iklan raya MONSTA selepas ‘Kebenaran Raya’ pada 2019, ‘Memori Eidulfitri’ pada 2021 dan ‘Kembali Aidilfitri’ pada tahun lepas yang meraih 48 juta tontonan di saluran Youtube MONSTA.

“Hashtag #TemaniRaya, #BoboiBoy, #Mechamato, Pian berjaya trending di laman media sosial Twitter di Malaysia dan Indonesia sejurus selepas kemunculan iklan tersebut. 

“Temani Raya juga melonjak ke posisi keenam Youtube Trending dalam hanya 20 jam, manakala di platform Tik Tok pula, hashtag #TemaniRaya digunakan secara aktif oleh sebanyak 16.7 juta kali oleh penonton dan peminat,” kata MONSTA.

Menurut MONSTA, bertemakan ‘Temani Raya’, iklan raya tersebut membawakan kisah Amato dan anaknya Oboi (BoBoiBoy) pergi mengunjungi sahabat baiknya Pian yang kesepian menyambut hari raya keseorangan.

Kenyataan itu memaklumkan, rata-rata komen menunjukkan rasa teruja penonton apabila dapat melihat watak Pian yang tidak asing daripada siri animasi Mechamato, menjadi seorang jejaka dewasa. 

Gelagat lucu si kecil BoBoiBoy, MechaBot bersama bapanya serta persahabatan yang akrab antara Amato dan Pian dari kecil sehingga dewasa turut menjadi bahan bualan orang ramai, kata kenyataan itu. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MONSTA , Nizam Abd Razak, sudah menjadi tradisi untuk MONSTA menghasilkan animasi khas setiap sambutan Hari Raya.

“Bermula dari ‘Kebenaran Raya’ sehingga ke ‘Temani Raya’, setiap animasi ini mengambil masa dan kos yang tinggi. Namun inilah hadiah untuk anda semua,” katanya. 

Sementara Pengarah Pemasaran MONSTA, Faiz Zainal Aabidin, berkata ini adalah bingkisan istimewa daripada MONSTA buat peminat dan penonton yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada MONSTA selama ini. 

Menurut kenyataan itu bagi yang sudah menonton filem Mechamato Movie, mereka pasti dapat merasai kaitan iklan raya MONSTA ‘Temani Raya’ dengan elemen terdapat dalam filem tersebut seperti watak Maskmana, bangunan Mercu Destar dan Kapal Angkasa Wau Bulan yang digunakan oleh watak animasi popular Papa Zola. 

Bagi yang ingin menonton filem animasi nombor satu tempatan itu, Mechamato Movie kini boleh ditonton seisi keluarga pada musim perayaan ini melalui Astro First, menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Animasi Tempatan Mechamoto Movie Tembusi Layar Perak Jepun

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Treler BoBoiBoy Galaxy SORI Raih 2 Juta Tontonan Dalam Masa 24 Jam

4

TARA 3 tahun yang lalu

Suasana Aidilfitri Mula Terasa, Ini 6 Iklan Raya Patut Anda Tonton 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 8 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...