web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Animasi Mechamato Ke Stesen TV Popular Portugal

Siri animasi dari Malaysia yang semakin popular Mechamato The Animated Series terus melangkah jauh dengan mendapat tempat di stesen televisyen popular Portugal. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 7:00AM

Siri animasi ini akan ditayangkan di saluran Sociedade Independente de Comunicação atau SIC K bermula September ini. - Gambar Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah berjaya menawan lebih 20 buah negara di Asia Pasifik, siri animasi dari Malaysia yang semakin popular Mechamato The Animated Series terus melangkah jauh dengan mendapat tempat di stesen televisyen popular Portugal. 

Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Monsta Faiz Zainal Abidin berkata siri animasi tersebut akan ditayangkan di saluran Sociedade Independente de Comunicação atau SIC K yang juga saluran utama dan terkemuka di negara itu pada September ini. 

“Kini, Mechamato semakin mendunia. Kami amat teruja kerana dapat menghiburkan kanak-kanak dari seluruh pelosok dunia dengan menggunakan bahasa ibunda mereka (bahasa Portugis) dalam siri animasi kami,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, antara keunikan animasi berkenaan sehingga mendapat tempat di seluruh dunia adalah kerana jalan penceritaan yang menfokuskan kepada nilai-nilai murni, persahabatan, budaya selain memaparkan gabungan teknologi moden dan unsur tradisi tempatan.

Katanya, animasi tersebut turut mempamerkan kawasan bersejarah Bandar Hilir Melaka sebagai tema lokasi siri berkenaan. 

“Saya harap penonton muda di Portugal dan juga di seluruh dunia sedikit sebanyak akan dapat belajar tentang sejarah dan budaya yang kita warisi suatu ketika dahulu sehingga kini,” katanya.

Siri animasi ini turut disiarkan di Jepun sejak Mac lalu. - Gambar Twitter
Siri animasi ini turut disiarkan di Jepun sejak Mac lalu. - Gambar Twitter

Sementara itu, Faiz berkata Mechamato The Animated Series itu juga telah ditayangkan di lebih 20 buah negara secara eksklusif di saluran Cartoon Network Asia Pasifik termasuk di Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Australia dan New Zealand.

“Mechamato The Animated Series ini turut dialih suara ke bahasa Inggeris, Mandarin, Kantonis, Korea, Jepun, Thai dan Vietnam,” katanya. 

Selain itu, Faiz berkata siri animasi berkenaan kini dapat ditonton menerusi saluran tempatan Astro Prima setiap Sabtu dan Ahad, 7 malam selain di Cartoon Network, HBO GO dan Astro GO.

Sementara itu, beliau berkata Mechamato Movie akan menemui penonton pada  Disember ini di pawagam  Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Besarnya Tahi Bintang!

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Maghribi, Portugal, Sepanyol Calon Tunggal Anjur Piala Dunia 2030

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Iklan Raya Monsta 'Temani Raya' Raih 20 Juta Tontonan Dalam 24 Jam

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Rakyat Diharap Terus Beri Sokongan Kepada Industri Filem Tempatan - Fahmi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN