web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Astro Lancar 'Ultra Plug And Play Box' Tanpa Piring Satelit

Pelanggan boleh memasang sendiri kotak ini mengikut keselesaan mereka melalui langkah mudah dalam video panduan pemasangan yang datang bersama-sama dengan kotak tersebut.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 9:19AM

Gambar: Soyacincau.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengendali TV satelit berbayar, Astro secara rasmi telah melancarkan ‘Ultra Plug & Play Box’, yang menawarkan pengalaman kandungan antarabangsa dan tempatan yang lancar tanpa piring satelit.

Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata penawaran pertama seumpamanya itu membolehkan pelanggan memasang sendiri dan menikmati ciri-ciri ‘Ultra Box’ yang merangkumi ‘Cloud Recording’ serta ‘Play from Start’ dengan menyambung kotak itu kepada televisyen dan Internet. 

Pelanggan boleh memasang sendiri kotak itu mengikut keselesaan mereka melalui langkah mudah dalam video panduan pemasangan yang datang bersama-sama dengan kotak tersebut.

"Kotak pemasangan sendiri ‘Ultra Plug & Play’ dilancarkan pada masa yang amat genting iaitu ketika negara melalui perintah sekatan pergerakan, yang mana, pelanggan mungkin mahu mengehadkan lawatan pemasangan di rumah. 

"Kotak ini tidak memerlukan piring satelit kerana kandungan Astro akan disiarkan melalui rangkaian jalur lebar," katanya pada sidang media maya hari ini sempena pelancaran Astro Ultra Plug & Play Box. 

Azlin berkata kotak baharu dan kad SIM Astro berkaitan akan dikirim kepada pelanggan, setiap komponen akan dibungkus dengan panduan lengkap yang mudah bagi pemasangan dan pengaktifan perkhidmatan berkenaan.

"Sebelum ini, kami telah menjalankan percubaan di pasaran dan 87 peratus pelanggan kami amat berpuas hati dengan proses pemasangan sendiri ‘Ultra Plug & Play Box’ kerana mereka dapat memasang peralatan itu dengan mudah," katanya. 

Perkhidmatan ini akan menghapuskan masalah gangguan siaran ketika hujan kerana ianya disambungkan ke Internet dan bukan satelit, kata Azlin lagi.

"Pengaktifan kotak tersebut adalah percuma untuk pelanggan sedia ada dengan langganan bulanan berharga lebih RM100, manakala pelanggan yang mempunyai langganan bulanan di bawah RM100 akan dikenakan bayaran RM49. 

"Bagi pelanggan baharu, caj pengaktifan akan dikenakan sebanyak RM39 untuk langganan melebihi RM100 dan RM59 akan dikenakan bagi langganan di bawah RM100," katanya. 

Menurut Azlin lagi, Astro akan melancarkan ‘Ultra Plug & Play Box’ ke bandar-bandar besar dalam tempoh 12 bulan akan datang sebelum berkembang ke Malaysia Timur. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

Nokia Bakal ‘Berterbangan’ Di Ruang Angkasa

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN