web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“'Famous' Bukan Lagi Keutamaan Saya" - Syafiq Kyle

Bagi Syafiq, apa yang penting sebagai anak seni ialah mutu lakonan dan bukannya populariti yang datang dan pergi.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 1:07PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Syafiq Kyle merasakan populariti bukan lagi keutamaan sebaliknya fokusnya beralih kepada mutu lakonan setiap kali muncul di kaca televisyen. 

Syafiq juga mengakui ramai pendatang baharu dalam industri hari ini berpotensi besar untuk bersinar sebagai hero namun dia sama sekali tidak berasa tergugat. 

“Saya dah tak fikir soal populariti atau nak jadi terkenal sebaliknya lebih pentingkan mutu lakonan. Saya fokus apa fungsi saya sebagai pelakon. Ada banyak lagi watak yang ingin dilakonkan malah saya mahu bekerja dengan ramai insan berbakat besar. Populariti akan datang dan pergi,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media drama Suara Hati baru-baru ini. 

Menurutnya lagi, kehadiran generasi muda dalam industri seni menjadi landasan terbaik untuk saling bertukar pandangan dan idea. 

“Sebagai pelakon yang sudah ada pengalaman, kita kena berkongsi ilmu dengan pendatang baru termasuklah dalam soal penjiwaan lakonan, disiplin serta sikap ketika bekerja. Populariti hanya bonus,” tambahnya.

Mengulas senario semasa yang mana periuk nasi ramai anak seni terjejas teruk, Syafiq menzahirkan rasa simpati dan prihatin. 

Namun, dia percaya pasti masing-masing punya cara untuk kekal bertahan dalam situasi yang menekan ini. 

“Saya percaya setiap orang sedang berusaha melakukan yang terbaik untuk bertahan. Sejak adanya COVID-19, semua orang terjejas. Saya sendiri ada menjalankan perniagaan apabila tidak boleh melakukan penggambaran. 

“Selain ekonomi, kesihatan mental juga penting. Saya kena jaga minda agar tidak murung dan tertekan. Kita kena sayang diri. 

“Apapun, saya percaya kepada rezeki Allah. Dia akan tolong sesiapa sahaja yang tidak berhenti berdoa,” katanya yang tampil sebagai Harris dalam drama terbitan Astro ini.

Suara Hati mengisahkan dua mahasiswa, Harris dan Hani menyimpan perasaan antara satu sama lain. 

Harris bagaimanapun menghilang hingga menuntut Hani menerima lelaki dalam hidupnya. Hubungan cinta tiga segi ini diuji dengan pelbagai tragedi. 

Drama 13 episod ini bakal bersiaran di slot Tiara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Turut sama menjayakan drama ini ialah Hanna Aqeela, Aidil Aziz, Qistina Khaled, Syahir Shafein dan Liza Rafar. - Getaran, 21 Julai 2021.

Sumber Foto: Astro

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalaulah TV Tu Jatuh...

2

TARA 2 tahun yang lalu

Skrin Televisyen Pintar Daripada LG Ini Berbaloi Dimiliki

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan, Mesej Disampaikan Pengurus

4

Teknovasi 2 tahun yang lalu

5 Elemen TV OLED Dari LG Pasti Buat Anda Teruja!

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN