Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lebih Banyak Kandungan Dari Negara Luar, Nurflix Bakal Perkenal Aplikasi Baru

Usaha ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan pascapenerbitan seperti kerja terjemahan kandungan dan alih bahasa.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 10:02AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform penstriman dengan kandungan Islamik, Nurflix mengakui produksi penggambaran dan pembangunan kandungannya mengalami kesulitan sejak pandemik melanda.

Namun, demi memastikan kelangsungan kandungan platform itu, Nurflix telah melancarkan inisiatif memperkasakan kerjasama bersama syarikat penerbitan dan media islamik dari luar negara.

“Kami mahu mencapai objektif dalam usaha memberi manfaat kepada penggiat seni dan komuniti. 

“Kita akan ada kandungan serta kolaborasi dari syarikat penerbitan luar seperti dari United Kingdom, Mesir, Qatar, Turki dan Indonesia. Melalui kolaborasi ini, dianggarkan akan ada lebih 1,000 konten untuk ditonton menjelang akhir tahun ini, InshaAllah," katanya Syah Mohamed yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix.

Bukan itu sahaja, Nurflix juga sedang dalam proses perbincangan dengan platform penstriman Islamik seluruh dunia dalam usaha menyebarkan lebih banyak kandungan media yang sopan dan bermanfaat buat pengguna.

“Dengan jalinan rangkaian ini kita berharap kandungan dan program dari luar boleh kita tonton di Nurflix dan kandungan dari Malaysia juga ditonton di luar sana. Sudah tiba masa untuk rangkaian ini diperkasakan,” terang Syah.

Dengan adanya kandungan-kandungan luar dibawa masuk ke dalam Nurflix, ia juga akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan pascaproduksi seperti kerja terjemahan kandungan dan alih bahasa.

Sehubungan dengan pemerkasaan kerjasama ini, produk milik Sutera Hijau Ventures Berhad ini akan melancarkan aplikasi native ‘Nurflix Goldfish 2.0’ lengkap untuk pelbagai peranti iOS, Android dan Smart TV bagi menggantikan aplikasi hybrid sedia ada sejak pelancaran Nurflix Beta pada Oktober 2020.

"Naik taraf ini akan dilancarkan sempena 1 Muharam atau 10 Ogos 2021 dan akan memberi kelebihan kepada pengguna kerana ia akan lebih stabil dan pantas,” jelas Syah.

Harga pakej langganan baharu juga akan turut diumumkan pada Ogos akan datang. Aplikasi Nurflix boleh dicapai melalui laman web Nurflix.tv, Apple Appstore & Google Playstore. - Getaran, 13 Julai 2021

Sumber foto: Nurflix

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

PEMILU: Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Papua

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pegawai NADMA, SMART Dihantar Ke Luar Negara Jalani Latihan Pengurusan Bencana 

4

Semasa 3 bulan yang lalu

77 Rakyat Malaysia Ditahan Di Luar Negara Bagi Kesalahan Dadah - Bukit Aman

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 11 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 6 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran