web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Baharu Hantavirus Dalam Kalangan Individu Dikuarantin Di Hospital Madrid

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2026 11:21AM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Sepanyol pada Isnin mengesahkan satu kes baharu hantavirus dalam kalangan individu yang menjalani kuarantin pencegahan di sebuah hospital di Madrid, lapor Anadolu Ajansi.

"Kes positif itu dikesan semasa pemeriksaan diagnostik berkala dijalankan terhadap kontak yang berada di bawah pemantauan," menurut Kementerian Kesihatan negara itu dalam hantaran di platform media sosial X.

la merupakan kes positif kedua dalam kalangan 14 warga Sepanyol yang dipindahkan ke Tenerife dari kapal persiaran mewah MV Hondius. 

Kapal itu membawa kira-kira 150 penumpang dan kru dari 23 negara.

Pada 11 Mei, Menteri Kesihatan Sepanyol mengumumkan bahawa seorang penumpang warga Sepanyol di atas kapal persiaran MV Hondius disahkan positif hantavirus tidak lama selepas pihak berkuasa selesai menjalankan operasi pemindahan kapal itu.

Pihak berkuasa pada Isnin berkata individu berkenaan telah pun berada di bawah pemantauan klinikal dan pengasingan sejak dimasukkan ke hospital, "selaras dengan protokol yang ditetapkan oleh Sistem Amaran Awal dan Respons Pantas."

Susulan pengesahan menerusi ujian PCR, pesakit itu dipindahkan ke Unit Pengasingan Tahap Tinggi di Hospital Gomez Ulla, dan pesakit berkenaan akan terus berada di bawah pemantauan perubatan khusus dan langkah biokeselamatan yang ketat.

"Pesakit itu akan terus dimasukkan ke hospital di bawah pemantauan perubatan khusus serta langkah biokeselamatan yang diperuntukkan bagi kes seumpama ini," menurut kementerian itu.

Pihak berkuasa kesihatan menegaskan bahawa pengesanan itu dibuat dalam sistem kawalan yang telah pun diaktifkan.

"Pengesanan kes berlaku dalam sistem pengasingan dan kawalan yang telah diaktifkan, justeru ia tidak mengubah situasi risiko kepada penduduk umum," menurut kementerian itu. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PAS Johor Nafi Risalah Palsu Gesa Pengundi Tolak PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

oleh Sophia Ahmad