web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Seniman Gesa Kerajaan Benarkan Industri Kreatif Hiburan Beroperasi Julai Ini

Gesaan terpaksa dilakukan kerana dana-dana yang bakal diberikan tidak akan bermanfaat sekiranya sektor industri kreatif tidak dibenarkan beroperasi semula.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 3:11PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menyambut baik usaha pihak kerajaan menyediakan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) seperti mana yang diumumkan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Menerusi pakej Pemulih ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk industri seni dan kreatif negara agar ia dapat diagihkan demi meringankan beban penggiat-pengiat seni yang terkesan sepanjang tempoh Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini dijalankan. 

Bagaimanapun, Seniman juga turut menggesa pihak kerajaan supaya membenarkan semula sektor industri kreatif dan hiburan untuk beroperasi semula pada bulan Julai ini. 

Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah atau lebih dikenali sebagai Hafiz Nafiah berkata, gesaan itu terpaksa dilakukan kerana dana-dana yang bakal diberikan ini tidak akan bermanfaat sekiranya sektor industri kreatif tidak dibenarkan beroperasi semula. 

“Bukan kita tidak berterima kasih kepada kerajaan di atas keprihatinan terhadap rintihan penggiat-penggiat yang terkesan dengan situasi pandemik, perintah kawalan pergerakan serta PPN. 

“Tapi, cuba lihat apa jadi pada dana-dana yang diberikan dahulu termasuklah yang berada di bawah Prisma dan Pelaksana. Bagaimana kita hendak guna dana itu jika penggambaran tidak boleh dibuat? 

“Jadi, dana itu sebenarnya tidak dapat membantu penggiat-penggiat seni secara menyeluruh kerana ia tidak dapat dimanfaatkan secara maksimum,“ katanya ketika dihubungi portal Getaran.

Menurut Hafiz Nafiah lagi, walaupun kerajaan sangat prihatin dengan pemberian dana menerusi pakej Pemulih, namun dia berpendapat, kerajaan juga sebenarnya kurang faham dengan ekosistem dan cara bekerja di dalam industri kreatif hiburan. 

“Kebanyakan yang bekerja dalam menghasilkan pembikinan drama dan filem bekerja mengikut projek. Mereka dibayar mengikut projek dan ada yang dibayar gaji hari dalam tempoh menjayakan sesebuah projek itu. 

“Bila shooting tidak dapat dibuat, projek tidak ada. Bila projek tidak ada, bermakna tiadalah duit dan bagaimana mereka hendak meneruskan kelangsungan hidup? Bagaimana nak bayar sewa rumah, bil elektrik, bil api dan bermacam bil lagi. Itu tidak masuk perbelanjaan dapur serta isteri dan anak-anak?

“Setakat ini, kita sudah terima bermacam aduan daripada penggiat seni yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan hidup pada masa-masa yang sukar,” katanya lagi. 

Susulan daripada itu, Hafiz Nafiah berkata lagi, pihaknya terpaksa melakukan desakan secara konsisten kepada pihak kerajaan untuk membenarkan sektor industri kreatif dan hiburan dibenarkan beroperasi semula pada bulan depan. 

“Lagipun mengikut kajian data, hingga ke saat ini pun, memang tidak ada lagi kluster yang melibatkan industri seni. Cubalah periksa jika tidak percaya. 

“Sewaktu industri seni dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP 2.0, kita tidak ada masalah pun untuk mengikuti SOP serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

“Untuk produksi penggambaran drama, hanya 40 tenaga kerja saja yang terlibat. Manakala filem pula tidak lebih daripada 60 orang tenaga kerja dan tidak semua bekerja pada waktu yang sama. 

“Tentang selebriti yang dijangkiti COVID-19 pula, itu adalah di luar kawalan kita. Tapi, untuk penggambaran drama dan filem, sehingga saat ini memang tiada kluster pun,” jelasnya.  

Sambung Hafiz Nafiah lagi, dia juga memohon agar semua penggiat seni industri hiburan termasuklah dari golongan selebriti agar dapat sama-sama membantu untuk ‘bersuara’ demi menyelamatkan industri seni yang sedang tenat ini. 

“Kita bukan perjuangkan individu di sini. Tapi kita perjuangkan industri kerana kita adalah pemainnya. Kalau bukan kita yang perjuangkan, siapa lagi? 

“Mungkin ada di kalangan selebriti yang tidak ambil endah kerana sudah selesa dengan pendapatan menerusi hantaran di media sosial akaun mereka, tapi fikir jugalah tentang orang di belakang tabir industri seni kita ini. 

“Kita perlu ada rasa tanggungjawab terhadap industri kita dan perlu dahulukan industri kita. Ini masanya untuk kita bersatu demi menyelamatkan industri sendiri.  Walaupun sumbangan kita kepada terhadap keluaran dalam negara kasar (KDNK) tidaklah besar mana, tetapi ia tetap penting dan kita tetap menyumbang pada negara,” katanya mengakhiri perbualan. - Getaran, 29 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN