web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peminat Teruja Aina Abdul ‘Curi Hati’ Artis Korea Semasa Siaran

Artis Korea yang mengacarakan program itu iaitu Kevin dan Jacob dari kumpulan THE BOYZ turut terpesona dan meremang mendengar nyanyian Aina.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 2:41PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehebatan vokal dan suara penyanyi Aina Abdul telah memukau penonton ketika diundang sebagai tetamu dalam program temu bual Korea Selatan, Simply K-pop CON-TOUR yang bersiaran di Arirang TV malam tadi. 

Aina turut berkongsi temu ramah berkenaan di laman Instagram rasmi miliknya. Dalam video berdurasi lima minit itu dapat dilihat artis Korea yang mengacarakan program itu iaitu Kevin dan Jacob dari kumpulan The Boyz turut terpesona dan meremang mendengar nyanyian Aina. 

“Awak menakjubkan,” kata mereka selepas Aina menyanyikan lagu 'Sepi' yang telah diterjemah ke dalam bahasa Korea.

Bukan itu sahaja, artis berkenaan turut berhasrat  bertemu Aina  di Korea selepas pandemik berakhir. 

Pelantun lagu 'Semalam' itu menjadi bualan hangat warganet yang rata-ratanya berbangga dengan bakat yang dimiliki Aina. 

“Bangga sangat bila orang luar pun sudah menghargai bakat nyanyian Aina,” tulis salah seorang peminatnya di Twitter. 

Simply K-pop CON-TOUR ialah sebuah rancangan muzikal yang menampilkan artis Korea Selatan serta peminat K-pop dari seluruh dunia. Dalam episod sebelum ini, program berkenaan telah bersiaran langsung bersama peminat rancangan itu dari Thailand, Vietnam dan Filipina.

Terdahulu, Aina Abdul telah memuatnaik lagu Sepi versi terjemahan di laman Youtube dan telah memperoleh lebih daripada 700,000 tontonan. - Getaran, 15 Jun 2021.

Sumber foto: Twitter

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Muzik 2 tahun yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Bintang Bola Sepak, Son Heung-Ming Kembali Menggayakan Koleksi TUMI 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN