Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Lupin Si Pencuri Mencari Kebenaran

Amaran : Mungkin mengandungi 'spoiler'. Assane Diop dan kelicikannya kembali lagi untuk musim kedua di Netflix. Adakah musim baru ini sehebat yang lalu?

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Diadaptasikan dari watak dari kisah klasik terkenal dari negara Perancis, siri ‘Lupin’ kembali untuk musim ke-2 di layar Netflix anda. 

Siri yang mempunyai 5 episod bergenre 'thriller misteri' ini telah mencatatkan 70 juta tontonan seluruh dunia apabila kali pertama ditayangkan pada Januari 2021, menjadikan ianya salah satu siri bukan bahasa Inggeris terhangat yang ditayangkan di Netflix. 

Siri ini mengisahkan seorang pemuda bernama Assane Diop, imigran dari negara Senegal yang berhijrah ke negara Perancis mengikuti bapanya, Babakar Diop untuk mencari kehidupan yang lebih baik. 

Namun, nasib tidak menyebelahi keduanya apabila bapa Assane yang bekerja sebagai pemandu keluarga bangsawan Pelligrini dituduh mencuri rantai pusaka milik keluarga tersebut.

Bapa Assane dijatuhkan hukuman penjara dan tidak lama kemudian didapati membunuh diri akibat menanggung malu atas pertuduhan yang dikenakan. 

Assane yang merasakan ketidakadilan atas kematian bapanya menjadikan kisah Arsene Lupin sebagai rujukan utamanya dalam misi untuk membalas dendam dan mendedahkan sisi hitam keluarga Pelligrini. 

Kisah pembalasan dendam Assane ini diselang-seli dengan babak-babak imbasan kembali watak Assane ketika remaja yang menunjukkan kelicikannya sebagai pencuri sejak dari kecil dan juga diselitkan kisah cintanya bersama bekas isteri yang dikenalinya sejak dari bangku sekolah.

Musim ke-2 siri Lupin ini lebih memfokuskan kepada kesinambungan misi Assane untuk membalas dendam untuk bapanya. 

Beberapa minit terawal episod pertama siri kedua ini telah menayangkan detik-detik cemas di mana anak lelaki Assane yang bernama Raoul telah diculik oleh Leonard, orang suruhan Hubert Pelligrini. 

Assane yang dibantu oleh Guedira, anggota polis yang menyamar sebagai seorang pelancong demi mendampingi Assane bekerjasama menjejak kedudukan anaknya. Pelbagai halangan ditempuh sepanjang perjalanan menjejak anak kesayangannya, namun ia tidak mematahkan semangat Assane. 

Selepas kejadian itu, Assane telah berazam untuk membalas dendam terhadap Hubert Pelligrini menggunakan taktik yang sama-- iaitu menggunakan anak perempuan keluarga itu yang telah sekian lama menaruh hati terhadap Assane, Julliet Pelligrini. 

Assane merasakan hanya melalui cara itu sahaja Hubert Pallerghrini dapat dijatuhkan. Dari watak seorang pelayan hotel sehingga menjadi seorang ahli bomba untuk melarikan diri, Assane digambarkan sebagai seorang yang penyamar yang licik dalam melarikan diri tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.

Watak Assane Diop yang dilakonkan oleh Omar Sy, pelakon terkemuka negara Perancis telah berganding bahu bersama rakan karib sejak zaman persekolahan bernama Benjamin Ferrel lakonan Antoine Gouy untuk misi membalas dendamnya terhadap Hubert Pelligrini (Hervé Pierre). 

Mengambil jalan cerita dari kisah-kisah Arsene Lupin dari buku yang dihadiahkan oleh bapanya, Assane melakukan pelbagai samaran demi mencapai tujuan misinya di samping melindungi keluarga kecilnya. 

Guedira, seorang detektif yang dilakonkan oleh Soufiane Guerrab yang turut meminati kisah penyamaran Arsene Lupin cuba untuk menjejaki Assane Diop, namun seringkali menemui jalan buntu. 

Sepanjang siri ini berlangsung, misi pembalasan dendam ke atas keluarga Pelligrini bukan lah sesuatu yang mudah untuk dilakukan memandangkan keluarga bangsawan tersebut dilindungi oleh anggota tertinggi pasukan polis yang korup bernama Gabriel Dumont (Vincent Garanger).

Kedua-dua musim siri Lupin semestinya menjanjikan adegan-adegan yang mencemaskan dan membuatkan para penonton tertanya-tanya akan perancangan Assane yang seterusnya. 

Aksi-aksi yang dipaparkan membuatkan setiap episod yang berdurasi sepanjang 40 minit ke 1 jam itu tidak terasa. 

Di penghujung episod akhir musim kedua, para peminat setia diberi perkhabaran gembira mengenai kemunculan musim ketiga tidak lama lagi. 

Semestinya siri Lupin musim ketiga akan lebih dinantikan untuk melihat apakah muslihat Assane Diop yang seterusnya. Selamat menonton! - Getaran, 15 Jun 2021

Semua gambar: Ihsan Netflix

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Maut Ditikam Berhampiran Menara Eiffel Di Paris

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 16 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar