web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perfect Crown Pecah Rekod, Jadi Drama Korea Paling Ditonton Di Disney+

Perfect Crown merekodkan 43 juta jam tontonan di seluruh dunia, dengan episod kelapan menyaksikan peningkatan tontonan sebanyak 43 peratus.

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2026 7:27PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama komedi romantik Korea, Perfect Crown terus mencipta fenomena apabila secara rasmi menjadi tayangan perdana kandungan Korea paling banyak ditonton di Disney+ peringkat global dan luar rantau APAC.

Sejak ditayangkan pada 10 April lalu, siri tersebut turut mencatat kedudukan nombor satu untuk tayangan perdana drama Korea paling tinggi tontonan di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Amerika Latin, Australia, New Zealand serta beberapa negara Asia termasuk Malaysia, Singapura, Filipina dan Jepun.

Setakat ini, Perfect Crown merekodkan 43 juta jam tontonan di seluruh dunia, dengan episod kelapan menyaksikan peningkatan tontonan sebanyak 43 peratus berbanding episod perdana.

Siri ini mengisahkan Grand Prince I-AN, kerabat diraja kesayangan rakyat yang terperangkap dalam perebutan kuasa keluarga diraja. 

Demi memenuhi tekanan untuk berkahwin, dia menjalinkan perkahwinan kontrak bersama Huiju, pewaris konglomerat besar Korea. Namun, hubungan mereka mula menjadi rumit apabila perasaan sebenar mula hadir.

Perfect Crown dibintangi IU sebagai Huiju dan Byeon Wooseok sebagai Grand Prince I-AN. Siri ini diarahkan Park Joonhwa manakala skrip ditulis Yoo Jiwon.

Sepuluh episod pertama kini sudah tersedia untuk penstriman, manakala dua episod terakhir ditayangkan pada malam ini dan esok  jam 10.20 malam waktu Malaysia. - Getaran, 15 Mei 2026

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

3

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

4

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

3

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

4

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

oleh Rahayu MN