web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Rebirth’ AADC Bakal Ditayang, Tiada Lagi Nicholas Saputra, Dian Sastrowardoyo

Ini bukan filem lanjutan untuk Ada Apa Dengan Cinta, tetapi versi moden yang menyasarkan Gen Z untuk meraikan kisah cinta abadi Rangga dan Cinta

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2025 8:10AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem muzikal terbaharu, Rangga & Cinta kini menjadi bualan ramai apabila pihak produksi, Miles Films mula memperkenalkan barisan pelakon generasi baharu di industri hiburan Indonesia. 

Rangga & Cinta merupakan versi moden filem ikonik Ada Apa Dengan Cinta? (AADC) yang meledak di pawagam apabila ditayangkan pada 2002. 

Populariti AADC yang tidak pernah pudar akhirnya mengheret pengarah dan penerbit AADC Mira Lesmana menghasilkan Ada Apa Dengan Cinta 2(AADC 2). 

Kini, kisah cinta abadi Rangga dan Cinta bakal dihidupkan kembali dalam nuansa yang lebih segar dan kekinian. Namun, watak Rangga bukan lagi menjadi milik Nicholas Saputra, demikian juga dengan Cinta, bukan lagi digalas oleh Dian Sastrowardoyo.

Filem muzikal ini sengaja menyasarkan golongan Gen Z sebagai pemain utama. Diproduksi oleh Miles Films, projek ini bukanlah sekuel AADC 2, melainkan sebuah remake dengan sentuhan muzikal yang lebih segar. 

Sutradara Riri Riza kembali bekerja sama dengan Mira Lesmana dan Titien Wattimena untuk menulis naskah yang akan membawa penonton pada pengalaman emosional yang berbeza. 

Menurut laporan media Indonesia, filem ini juga melibatkan perusahaan produksi antarabangsa seperti Barunson E&A dari Korea Selatan dan IMAJINARI dari Indonesia.

Pengenalan pelakon-pelakon baharu yang diumumkan oleh Miles Films melalui akaun Instagram rasminya Khamis lalu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat filem, dan seperti yang diduga, ramai yang membuat perbandingan dengan versi terdahulu.

Berlatar belakang suasana sekolah, filem ini menampilkan semula lagu daripada runut bunyi AADC, ‘Suara Hati Seorang Kekasih’, yang dinyanyikan dalam versi paduan suara.

Pada awal cerita, penonton diperkenalkan dengan kelibat Rangga yang hanya kelihatan dari belakang. Kamera mengikuti langkahnya yang membawa buku AKU karya Chairil Anwar.

Seterusnya, adegan memperkenalkan teman-teman Cinta yang dikenali sebagai ‘geng Cinta’ dan akhirnya, barulah wajah Rangga dan Cinta dipertontonkan dengan jelas.

Salah satu kejutan terbesar daripada filem ini ialah keterlibatan Nicholas Saputra sebagai penerbit. 

Rangga & Cinta dijangka menemui penonton pada penghujung 2025. Sama-sama kita nantikan! - Getaran, 6 Mac 2025

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

3

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

4

Filem & TV 4 minggu yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM