web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Belum Terima Permohonan Halang Tayangan 'Man on The Run' - Fahmi

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2024 9:16PM

Fahmi Fadzil dan timbalannya, Teo Nie Ching pada sidang media hari ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau belum menerima maklumat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung permohonan untuk menghalang tayangan dokumentari Man on the Run melalui platform penstriman di negara ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata beliau difahamkan permohonan itu telah dibangkitkan di mahkamah oleh peguam bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Sekiranya ada, kita akan melalui proses itu tapi pada waktu ini, saya belum terima," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada 8 Januari lepas, Najib melalui peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menggesa Kerajaan Malaysia agar mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netfix mengeluarkan Man on the Run daripada tayangan di negara ini.

Muhammad Shafee mendakwa dokumentari berdurasi 1 jam 38 minit itu sangat subjudis terhadap anak guamnya kerana perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd sedang berjalan dan pendakwaan terikat dengan tanggungjawab untuk mengambil tindakan segera.

Fahmi juga berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tidak membincangkan perkara membabitkan Lembaga Pengampunan termasuk kes Najib.

Beliau berkata Kabinet tidak boleh mendahului proses itu kerana ia adalah kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

"Jadi, kita serahkan kepada Lembaga Pengampunan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Lembaga Pengampunan dijadual memutuskan permohonan Najib pada akhir bulan ini.

Permohonan bekas Perdana Menteri yang sedang dipenjarakan itu akan didengar dalam sesi yang dijadualkan pada minggu ketiga bulan Januari.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Muzik 17 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.