web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gadis Kretek Ditonton Di 22 Negara, Jadi Bualan Peminat

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 9:00PM

Dua teraju utama Gadis Kretek, Dian Sastrowardoyo dan Ario Bayu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon dan model Indonesia Dian Sastrowardoyo mencipta sejarah tersendiri apabila siri drama hebat lakonannya yang disiarkan menerusi penstriman video Netflix bertajuk “Gadis Kretek” menduduki tempat pertama dalam senarai tontonan ramai di 22 negara.

Dalam melahirkan rasa terkejut, artis itu memberi contoh siri berkenaan sedang ditonton di Argentina, Peru, Brazil, Puerto Rico dan Romania.

"Semua negara ini belum pernah saya kunjungi,'' katanya sambil menambah bahawa cara orang ramai menonton filem kini sebenarnya telah berubah sepenuhnya.

Beliau bersyukur kerana peminatnya di Malaysia, Singapura dan Brunei, telah banyak memberikan sokongan penuh kepada siri drama berkenaan.

Dian juga melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu bahawa terdapat penonton Malaysia yang memilih untuk beralih kepada audio bahasa Jawa, semata-mata untuk mendapatkan keaslian siri ini, yang berlatarkan tahun 1960-an di Indonesia.

Beliau petah bertutur dalam bahasa Inggeris, dan kadang kala beralih ke Bahasa Indonesia dalam temu bual dengan Datuk Seri Wong Chun Wai menerusi siaran webnya "RealChunWai'' di YouTube dan Facebook. Rancangan selama 35 minit itu disiarkan pada 1 Disember mulai jam 9 pagi.

Dian berkata beliau mengambil masa yang panjang, dan bekerja keras untuk mempersiapkan watak Dasiyah.

Dasiyah ialah watak wanita bersemangat kental, yang keluarganya memiliki kilang rokok kretek berskala kecil di bandar M.

Walaupun sangat berbakat dalam kerjanya, dengan keupayaannya mencipta pelbagai produk baharu, beliau mendapati dirinya didiskriminasi dalam industri yang didominasi lelaki, walaupun kilang itu dimiliki oleh bapanya.

Bapanya bersedia untuk mengahwinkannya dengan ahli perniagaan lain, yang juga terlibat dalam perniagaan kretek, sebaliknya Dasiyah menyukai Soeraja, seorang pekerja biasa. Ini membawa kepada implikasi yang serius, tetapi cinta suci sememangnya kekal abadi.

Untuk benar-benar menghayati watak itu, Dian menyelami watak wanita berkenan dengan melakukan beberapa pengorbanan tersendiri.

“Sebaik sahaja suami dan anak-anak saya pergi bekerja dan sekolah, saya elak daripada menonton TV, lupakan hubungan media sosial, tinggalkan kehidupan sosial, dan saya habiskan berjam-jam mendengar muzik gamelan dan klasik Indonesia,” katanya.

Dian yang turut mencipta nama untuk wataknya sebagai Kartini, srikandi pejuang pembebasan Indonesia berkata, persiapan yang sama diberikan beliau bagi watak Dasiyah.

“Saya berusaha dengan gigih untuk berjalan seperti wanita Jawa yang dihormati, anggun, dengan perawakan tertentu. Boleh dikatakan saya belajar untuk meluncur dengan sempurna,” katanya dan menambah beliau menghabiskan masa berbulan-bulan untuk belajar berjalan dengan perlahan.

Menariknya, Dian berkata suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Maulana Indraguna Sutowo, tidak mahu menonton siri drama itu, tetapi enggan menyatakan sebabnya.

Dian yang sentiasa mengutamakan keluarga berkata, beliau tidak akan bergambar swafoto apabila meluangkan masa bersama keluarga, kerana menurutnya jika dia bersetuju untuk swafoto biarpun sekali, ia akan membuka pintu kepada permintaan ramai peminat untuk berebut-rebut berswafoto dengannya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

2

Filem & TV 4 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

3

Filem & TV 5 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

4

Filem & TV 1 minggu yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN