web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Barbie' Terus Kuasai Kedudukan Carta Pecah Panggung Amerika Utara

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 3:56PM

Margot Robbie dan Ryan Gosling, dua tonggak utama filem Barbie. gambar Facebook Warner Bros. Picture

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LOS ANGELES - Filem komedi fantasi Warner Bros Pictures, 'Barbie' kekal di puncak carta box office (pecah panggung) Amerika Utara buat minggu keempat berturut-turut dengan kutipan tiga hari dianggarkan sebanyak AS$33.7 juta.

Ia berdasarkan data daripada firma penilaian Comscore yang didedahkan pada Ahad.

Filem aksi langsung arahan pengarah wanita Amerika Greta Gerwig, mengumpul sebanyak AS$526.3 juta di Amerika Utara hingga Ahad.

"Filem ini telah memikat imaginasi penonton filem di seluruh dunia dan hasilnya sungguh mengagumkan dengan kutipan global yang besar sehingga hujung minggu ini sebanyak AS$1.184 bilion," tulis penganalisis filem kanan Comscore, Paul Dergarabedian, menerusi e-mel kepada Xinhua.

'Barbie' menampilkan pelakon-pelakon ternama termasuk Margot Robbie dan Ryan Gosling.

Drama biografi Universal Pictures 'Oppenheimer', arahan Christopher Nolan berada di tempat kedua dengan kutipan AS$18.8 juta pada minggu keempat tayangannya dan keseluruhan AS$264.3 juta.

Sementara itu di tempat ketiga carta ialah filem animasi adiwira 'Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem' daripada Paramount memperoleh sebanyak AS$15.75 juta pada hujung minggu kedua tayangannya, dengan jumlah keseluruhan Amerika Utara kepada AS$72.8 juta. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

2

TARA 2 tahun yang lalu

Barbie Buat Penampilan Pertama, Roblox Sasar Tarik Lebih Ramai Pemain Wanita

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Produk Berasaskan Warna Merah Jambu Edisi Barbie

4

TARA 3 tahun yang lalu

Barbie Tayang Filem Pendek Khas Menyentuh Hati Sempena Hari Bapa

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa