Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Produk Berasaskan Warna Merah Jambu Edisi Barbie

Semarak warna tema Barbie iaitu merah jambu menjadi tumpuan pelbagai jenama untuk mengeluarkan produk edisi khas Barbie

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2023 7:00PM

Barbie kembali menjadi fenomena susulan tayangan filem 20 Julai lepas - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Barbie yang baru saja ditayangkan 20 Julai lepas mendapat sambutan hangat apabila sejumlah besar penonton hadir dengan mengenakan pakaian berwarna merah jambu dan menghias diri menyerupai anak patung terkenal dunia itu.

Lautan merah jambu iaitu warna ikonik anak patung tersebut menyemarakkan lagi fenomena Barbie dan menjadi tumpuan di seluruh dunia sehingga menyebabkan pelbagai jenama berlumba mengeluarkan produk edisi khas permainan anak patung ini.

Berikut adalah lima produk edisi Barbie yang cantik dan memukau mata.

Crocs Barbie anrara yang menjadi kegilaan ketika ini - gambar Instagram
Crocs Barbie anrara yang menjadi kegilaan ketika ini - gambar Instagram



Crocs Barbie
Syarikat kasut Amerika, Crocs antara yang mencuri tumpuan ramai apabila menghasilkan koleksi yang diinspirasikan oleh anak patung dari syarikat  Mattel Inc ini. Kasut tersebut direka dengan sentuhan warna merah jambur di bawah koleksi tumit platform Mega Crush Clog setinggi 2.9 inci yang mempunyai tali belakang pada pergelangan kaki.

Ia turut didatangkan bersama butang aksesori kasut (Jibbitz) Barbie edisi terhad yang dicipta khas.

Jibbitz bertemakan Barbie ini boleh dibeli oleh pelanggan secara berasingan dan ia memiliki bentuk  jaket Barbie, lambang anak patung bersama ikatan rambut ekor kuda dan kereta ikonik merah jambu dari Barbie.

Chevrolet Corvette Ev Classic 1956 - gambar Intermarketing.com
Chevrolet Corvette Ev Classic 1956 - gambar Intermarketing.com


 

Chevrolet Corvette EV Classic 1956 
Dunia automotif tidak ketinggalan untuk melaksanakan kolaborasi kerana filem Barbie ini secara tidak langsung mengetengahkan model Chevrolet Corvette EV Classic 1956 edisi Barbie sebagai kenderaan digunakan.

Direka dengan rona merah jambu yang sesuai dengan penampilan Barbie, ia memperlihatkan penglibatan model Chevrolet yang luar biasa dan nampak klasik serta begitu eksklusif.

Gap koleksi Barbie yang pastinya menjadi kegilaan pencinta fesyen - gambar Intermarketing.com
Gap koleksi Barbie yang pastinya menjadi kegilaan pencinta fesyen - gambar Intermarketing.com



Gap Koleksi Barbie
Seperti yang dijangkakan, Barbie pasti akan mengadakan kolaborasi bersama industri fesyen memandangkan terdapat pelbagai jenis reka bentuk pakaian berwarna merah jambu dikeluarkan untuk menarik perhatian peminat anak patung ini.

Gap dan Mattel telah melancarkan kerjasama dengan memperkenalkan koleksi pakaian baharu Barbie dan antara produk ciptaannya ialah t-shirt, skirt, hoodie, seluar denim dan pelbagai aksesori yang cantik dan elegan. Wanita di luar sana pasti jatuh cinta dengan produk pakaian seperti ini.

Uno Barbie - gambar Intermarketing.com
Uno Barbie - gambar Intermarketing.com



Uno Barbie
Permainan kad Uno yang dicipta sejak 1971 dan menjadi nostalgia kepada ramai individu ini turut menjalinkan kerjasama dengan Barbie menerusi penghasilan edisi Uno Barbie.

Ia menampilkan grafik yang diilhamkan oleh watak yang ada dalam adegan filem Barbie, menjadikan kad ini comel, cantik dan sangat menarik.

Malah kad dek tersebut turut dilengkapi dengan peraturan khas iaitu “Played With Too Much” yang memerlukan pemain untuk membuang dan mengeluarkan kad dengan lebih banyak ketika bermain mengikut arahan diberikan.

Xbox Barbie - gambar Intermarketing.com
Xbox Barbie - gambar Intermarketing.com

Xbox Barbie
Gabungan dunia permainan video atau game bersama Barbie juga memberikan hasil yang luar biasa kerana pelaksanaan kolaborasi ini berjaya mencipta set konsol Xbox edisi Barbie berwarna merah jambu berserta tulisan Barbie di tepi konsol.

Ini termasuk alat kawalan tanpa wayar yang memiliki sentuhan warna merah jambu sebagai lambang edisi khas ini.

Bukan itu sahaja, turut dibina ialah sebuah almari menyerupai struktur binaan rumah Barbie Dream House untuk meletakkan set-set permainan video tersebut. Xbox ini dilihat telah memperlihatkan elemen gaya dan fesyen dalam dunia permainan video yang cukup berbeza dan sangat kreatif.  - Getaran, 22 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 5 bulan yang lalu

Barbie Buat Penampilan Pertama, Roblox Sasar Tarik Lebih Ramai Pemain Wanita

2

Filem & TV 8 bulan yang lalu

'Barbie' Terus Kuasai Kedudukan Carta Pecah Panggung Amerika Utara

3

TARA 10 bulan yang lalu

Barbie Tayang Filem Pendek Khas Menyentuh Hati Sempena Hari Bapa

4

TARA 1 tahun yang lalu

Gabungan Templat Sosial Media Barbie Bersama 3 Jenama, Beri Peluang Anda Cipta Poster Boneka Sendiri 

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius