web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Barbie Tayang Filem Pendek Khas Menyentuh Hati Sempena Hari Bapa

Barbie tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan Hari Bapa baru-baru ini dengan mengeluarkan sebuah filem pendek di Facebook rasmi mereka.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 5:12PM

Mattel's Barbie tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan hari penting ini dengan menghasilkan sebuah filem pendek. - Gambar Mattel's Barbie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelbagai cara sambutan dapat dilihat dalam kalangan syarikat-syarikat terkemuka dunia semasa sambutan Hari Bapa baru-baru ini.

Pengorbanan seorang bapa kadang-kadang tidak ditunjukkan secara langsung, namun percayalah, bapa adalah individu yang sangat menyayangi keluarganya.

Berbicara mengenai sambutan Hari Bapa, syarikat mainan global Mattel's Barbie tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan hari penting ini dengan menghasilkan sebuah filem pendek. 

Ia khas ditujukan kepada bapa-bapa dan bertujuan untuk memberi penghormatan kepada mereka yang telah berusaha keras untuk merealisasikan impian anak perempuan mereka.

Filem ini dihasilkan dengan kerjasama Mediabrands Content Studio (MBCS) Malaysia IPG dan telah dikeluarkan di halaman Facebook Barbie sebagai sebahagian daripada kempen #BarbieFather'sDay.

Menurut pengarah kreatif MBCS, Mandar Wairkar, filem ini diinspirasikan hasil pemerhatian terhadap individu yang bergelar bapa di Asia kerana mereka jarang menzahirkan perasaan mereka secara ekspresif. 

Bagaimanapun, beliau yakin dengan kehidupan zaman ini, anak-anak lebih banyak mencari dan memberikan kasih sayang kepada ibu bapa masing-masing.

Filem ini dihasilkan dengan kerjasama Mediabrands Content Studio (MBCS) Malaysia IPG dan telah dikeluarkan di halaman Facebook Barbie sebagai sebahagian daripada kempen #BarbieFather'sDay. - Gambar Mattel's Barbie
Filem ini dihasilkan dengan kerjasama Mediabrands Content Studio (MBCS) Malaysia IPG dan telah dikeluarkan di halaman Facebook Barbie sebagai sebahagian daripada kempen #BarbieFather'sDay. - Gambar Mattel's Barbie

“Hari Bapa ini, kami ingin mengiktiraf bapa Asia yang memecahkan acuan peranan bapa dan menghantar mesej positif kepada anak-anak mereka setiap hari untuk memberi mereka kekuatan dan keyakinan diri dalam melakukan apa sahaja yang mereka mahukan,” tambahnya.

Filem pendek ini mengisahkan seorang bapa yang sanggup kelihatan segak dan kemas untuk menggembirakan anak perempuannya sebelum dia menepuk bahu anaknya itu yang sibuk bermain bersama anak patung Barbienya.

Anak perempuannya menoleh dengan pandangan hairan dan segera bertukar menjadi ceria dan teruja apabila melihat bapanya itu bertukar watak seterusnya menari di sekitar ruang tamu bersama bapanya.

Mesej yang ingin disampaikan di dalam filem tersebut ialah seorang bapa akan sanggup dan percaya bahawa mereka boleh menjadi apa sahaja demi anak-anaknya. Malah filem tersebut menggambarkan seorang bapa sebagai contoh yang positif dan meraikan semua bapa yang berusaha keras untuk membawa senyuman ke wajah anak mereka.

Slogan Barbie ‘You Can Be Anything’ nampaknya memberi inspirasi dan sentuhan yang menjadi dalam memberikan keyakinan serta keberanian kepada semua kanak-kanak di luar sana untuk keluar dan merealisasikan impian mereka.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Selain itu, kempen ini juga merangkumi penglibatan media sosial dengan hashtag #BarbieFathersDay, untuk ibu bapa dan anak-anak mereka berkongsi cara atau cerita mereka menyambut Hari Bapa.

Jadi Tahniah diucapkan kepada Barbie kerana berjaya melibatkan diri untuk Hari Bapa tahun ini dengan kreatif. Bukan patung edisi baharu atau pakaian, tetapi sebuah filem pendek yang pasti menyentuh hati anda.- Getaran, 24 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Barbie Buat Penampilan Pertama, Roblox Sasar Tarik Lebih Ramai Pemain Wanita

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Barbie' Terus Kuasai Kedudukan Carta Pecah Panggung Amerika Utara

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Produk Berasaskan Warna Merah Jambu Edisi Barbie

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Bapa

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini