web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gabungan Templat Sosial Media Barbie Bersama 3 Jenama, Beri Peluang Anda Cipta Poster Boneka Sendiri 

Syarikat boneka Barbie yang telah berusia lebih dari enam abad ini mencipta templat rasmi Barbie di sosial media dengan penyertaan dari industri makanan, automotif dan perbankan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2023 8:30AM

Jenama kereta mewah Mercedes bersama pelumba Formula satu (F1), Lewis Hamilton serta George Russell turut memuat naik gambar mereka di instagram dengan rekaan latar belakang Barbie. - Gambar Interactive.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang tidak kenal dengan permainan anak patung popular yang cantik dan menawan yang dikenali sebagai Barbie atau buat yang tidak tahu, nama lengkapnya adalah Barbara Millicent Robert.

Boneka ini menjadi kegilaan pengikutnya yang tersendiri tidak usia muda atau tua sehingga ada daripada mereka sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk mengumulnya  sebagai koleksi peribadinya. 

Gambar Unsplash
Gambar Unsplash

Terbaharu, syarikat pengeluar pegeluar boneka Barbie, Mattel, Inc yang telah berusia lebih dari enam abad ini mengambil langkah untuk terus kekal relevan dengan mencipta templat rasmi Barbie di sosial media yang boleh diubahsuai mengikut citarasa tersendiri. 

Ini bertujuan memberi peluang kepada peminat meletakkan gambar mereka sendiri untuk dijadikan sebagai poster Barbie.

Berikut adalah antara tiga gabungan jenama besar yang menggunakan templat tersebut sebagai tanda kerjasama bersama Barbie.

Gambar Interactive.com
Gambar Interactive.com

Julie’s

Biskut Malaysia jenama Julie's Biscuits antara yang menjadi tarikan ramai apabila ikon yang ditampilkan pada logo rasmi mereka adalah seorang gadis Barbie. 

Biskut berperisa keju ini turut mengetengahkan warna merah jambu dan merah krim pada bungkusan untuk menampilkan kesan cerah dan ceria sinonim dengan Barbie. Ditambah lagi dengan tagline:  “Saya seorang gadis Julie, dalam dunia Julie". Produk biskut ini berjaya menarik perhatian pengguna lain.

Langkah ini merupakan usaha sama pintar Barbie dalam mengabungkan dunia permainan mereka dalam industri pemakanan untuk meluaskan lagi jenama kedua-dua produk di pasaran.

Mercedes

Adakah mustahil untuk boneka Barbie ini berada di dalam dunia otomotif? Tidak sama sekali! Jenama kereta mewah Mercedes bersama pelumba Formula satu (F1), Lewis Hamilton serta George Russell telah memuat naik gambar mereka di instagram dengan rekaan latar belakang Barbie.

Bahkan, gambar  masing-masing turut disertakan dengan kapsyen:  “He’s the greatest” (Lewis) dan “He’s the type of guy” (George) . Ia ternyata  menggambarkan gabungan dua entiti yang luar biasa. 

Mungkin segelintir daripada peminat F1 merasakan kolaborasi ini tidak sesuai memandangkan anak patung Barbie sinonim dengan permainan wanita. 

Namun, bagi yang tidak mengenali sepenuhnya tentang karakter yang ada pada jenama ini, Barbie turut memiliki pelbagai rekaan anak patung lelaki sebagai pelengkap di dalam dunia Barbie. 

Oleh itu, tidaklah menjadi masalah bukan jika dua jejaka pelumba F1 menjadi pelengkap dalam dunia anak pantung ini.

Gambar Interactive.com
Gambar Interactive.com

UOB Lady's Card 

Bank UOB di Singapura juga nampaknya  tidak mahu melepaskan peluang menyertai trend Barbie ini dengan memuat naik gambar ilustrasi wanita yang merujuk kepada UOB Lady's Card di Instagram rasmi mereka. 

Ia turut membawa mesej:  “hidup ini apabila anda boleh menjadi apa sahaja yang anda mahukan”. Bank tersebut turut menyatakan penyertaan ini bertujuan untuk meraikan keunikan kolaborasi ini kepada orang ramai.

Jadi kolaborasi Barbie terhadap ketiga-tiga jenama diatas merupakan satu strategi yang mantap bagi menjadikan anak patung terkenal ini terus diminati dari generasi ke generasi yang akan datang. - Getaran, 16 April 2023 

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

15 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini