web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lakonan Vino G Bastian Sebagai Buya Hamka Cemerlang, Bersedia Untuk Jatuh Cinta Dengan Karakter Tokoh Hebat Ini 

Sering kali kita baca atau dengar kisah tentang tokoh sasterawan terkenal Indonesia iaitu Buya Hamka, kali ini cerita hidupnya divisualkan dengan indah dan diperankan oleh aktor hebat, Vino G Bastian.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 2:00PM

Lakonan Vino G Bastian dilihat berjaya membawakan watak Buya Hamka dengan berkesan. - Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya filem biopik mengenai tokoh terkenal dari Indonesia iaitu Buya Hamka mula menjengah pawagam Malaysia pada 15 Jun 2023.

Filem arahan sutradara Fajar Bustomi ini menampilkan pelakon hebat seperti Vino G Bastian yang membawakan watak sebagai Buya Hamka. Watak isterinya iaitu Siti Raham pula dijayakan oleh aktres terkenal, Laudya Cynthia Bella. 

Poster menarik filem Buya Hamka yang mula ditayangkan sejak 15 Jun 2023. - Gambar PR
Poster menarik filem Buya Hamka yang mula ditayangkan sejak 15 Jun 2023. - Gambar PR

Filem ini sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian kerana cerita yang yang sangat panjang untuk divisualkan.

Namun untuk bahagian pertama ini, penonton akan disajikan dengan kisah Buya Hamka saat dia sudah pun bernikah dengan isterinya. 

Babak pertama filem ini dimulakan dengan adegan di penjara sewaktu Buya Hamka sudah memasuki usia emas. Dia didatangi oleh isteri dan anak-anaknya yang datang melawat dan membawakan makanan kesukaannya iaitu Gulai Kepala Ikan. Di babak ini sahaja sudah mampu meruntun jiwa  penulis dengan dialognya yang berbekas di hati. 

Babak Buya Hamka ketika dikunjungi anak-anak dan isterinya di penjara. - Gambar PR
Babak Buya Hamka ketika dikunjungi anak-anak dan isterinya di penjara. - Gambar PR

Kemudian filem ini terus membawa anda ‘throwback’ ke zaman mudanya sekitar tahun 1930-an sebelum Indonesia mencapai kemerdekaannya. 

Buya Hamka ditampilkan sebagai seorang ustaz muda yang sangat disanjungi dan berjaya menguruskan pusat pengajian Muhammadiyah di Makassar. Dalam masa yang sama, dia juga sedang menulis novel romantis yang berjudul ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ yang akhirnya menjadi kesukaan ramai terutamanya wanita. 

Filem ini terbahagi kepada tiga bahagian bagi memudahkan penonton memahami perjuangan Buya Hamka. - Gambar PR
Filem ini terbahagi kepada tiga bahagian bagi memudahkan penonton memahami perjuangan Buya Hamka. - Gambar PR

Buya Hamka mendapat tawaran sebagai ketua untuk majalah Pedoman Masyarakat yang berpangkalan di Medan. Dia pada mulanya enggan menerima tawaran itu kerana berat hati meninggalkan isteri dan anaknya. Namun, isterinya berjaya meyakinnya untuk menerima tawaran itu. 

Sewaktu tinggal di Medan, isteri mengambil keputusan untuk menetap di kampung halaman mereka yang terletak di Padang. Kerjaya Buya Hamka semakin maju dan majalah terbitannya laris. 

Turut dipaparkan peranan Hamka selaku Ketua di Majalah Pedoman Masyarakat, Medan. - Gambar PR
Turut dipaparkan peranan Hamka selaku Ketua di Majalah Pedoman Masyarakat, Medan. - Gambar PR

Pada satu hari, anak sulungnya Hisyam meninggal dunia. Buya Hamka bagaimanapun tidak dapat pulang kerana jarak yang jauh serta ada tugas yang perlu diselesaikan. Babak ini sangat meruntun jiwa. Di sini kita dapat lihat bagaimana kuatnya seorang Buya Hamka berperang dengan emosinya sendiri. 

Gambar PR
Gambar PR

Konflik mula melanda diri Buya Hamka apabila dia berurusan dengan pihak Jepun. Demi menyelamatkan rakan-rakan serta para ulama yang telah dibunuh oleh tentera Jepun, Buya Hamka telah bersetuju untuk menjadi penasihat kepada ketua jeneral tentera Jepun yang kagum dengan pendiriannya yang tidak mahu tunduk dengan adat Jepun demi memelihara kesucian agama Islam. Namun orang ramai mula beranggapan bahawa beliau menjadi penjilat Jepun dan mendesakkan supaya meletakkan jawatan sebagai pengerusi Muhammadiyah. 

Sejujurnya untuk bahagian pertama ini, penulis merasakan pemilihan sususan plotnya agak tidak kemas. Hal ini membuatkan penulis berasa sedikit canggung. Tidak pasti kenapa ia dibikin sebegitu. 

Susunan plot sebegini agak bahaya untuk filem yang mempunyai dua lagi sekuel yang akan ditayangkan. Kerana bimbang penonton sudah mulai bosan dan tidak lagi berminat untuk mengetahui apa yang akan berlaku dalam filem seterusnya. 

Namun, penulis akui semakin jatuh cinta dengan karakter Buya Hamka. Karakternya sangat kuat dan punya pesona. Vino G Bastian berjaya menggalas watak ini dengan cemerlang. 

Begitu juga ‘chemistry’ di antara Vino dan Laudya Cynthia Bella. Mereka kelihatan sungguh serasi sebagai pasangan suami isteri. Babak-babak romantis diantara mereka juga enak ditonton. Tidak keterlaluan namun masih mampu meninggalkan impak. 

Antara babak menarik antara Hamka dan isterinya Siti Raham. - Gambar PR
Antara babak menarik antara Hamka dan isterinya Siti Raham. - Gambar PR

Penulis kagum dengan dialog filem ini. Terutamanya kata-kata puitis dan ikonik yang sering kita baca hasil tulisan Buya Hamka. Setiap kata-katanya begitu bermakna dan menyentuh perasaan.  Rasa itu lebih sampai apabila kata-kata itu dilontarkan sendiri oleh Vino G Bastian. Meremang bulu roma saat mendengarnya. 

Pujian juga harus diberikan untuk sinematografi filem ini serta rekaan set dan kostum untuk menggambarkan suasana zaman sebelum kemerdekaan. Teknik solekan juga kelihatan menakjubkan terutamanya sewaktu Buya Hamka di usia tua. 

Filem Buya Hamka mampu memjadi wadah terbaik untuk golongan muda mendekati tokoh terbilang ini. - Gambar PR
Filem Buya Hamka mampu memjadi wadah terbaik untuk golongan muda mendekati tokoh terbilang ini. - Gambar PR

Disebabkan watak utamanya iaitu Buya Hamka dan isterinya banyak berdialog dalam bahasa Minang, agak sukar untuk saya fahami pertuturan mereka jika tidak punya sari kata. 

Dicanang sebagai filem termahal Indonesia ini turut menampilkan pelakon-pelakon hebat yang lain seperti Anjasmara yang membawakan watak sebagai Presiden Indonesia, Soekarno, Donny Damara sebagai bapa Buya Hamka dan Desy Ratnasari sebagai ibu Buya Hamka.

Anjasmara membawakan watak sebagai Presiden Indonesia, Soekarno. - Gambar PR
Anjasmara membawakan watak sebagai Presiden Indonesia, Soekarno. - Gambar PR

Kesimpulannya, buat anda yang mengagumi Buya Hamka, filem ini wajib ditonton. Buat yang belum mengenali siapa Buya Hamka juga, filem ini bakal membuatkan anda jatuh cinta dengannya. 

Banyak mesej yang kita dapat pelajari menerusi filem terutamanya tentang kehidupan. Bak kata isteri Buya Hamka iaitu Siti Raham, medium untuk menuntut ilmu itu bukan sahaja menerusi sekolah, kitab ataupun buku. – Getaran, 16 Jun 2023

Getar : 3.5 
 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 2 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN