web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Hadir Tayangan Perdana Filem 'Anwar: The Untold Story'

Kehadiran Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan itu disambut meriah oleh hadirin dengan laungan “Reformasi” bergema di sekitar pawagam Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 9:38PM

Anwar Ibrahim yang ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di lokasi tayangan di Dadi Cinema, Pavillion, di sini kira-kira 8.15 malam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini hadir ke majlis tayangan perdana Anwar: The Untold Story iaitu sebuah filem yang memaparkan kisah hidup serta perjuangan politik beliau.

Anwar yang ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di lokasi tayangan di Dadi Cinema, Pavillion, di sini kira-kira 8.15 malam.

Kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan itu disambut meriah oleh hadirin dengan laungan “Reformasi” bergema di sekitar pawagam itu.

Turut hadir pada majlis anjuran DMY Creation yang juga pengedar rasmi filem itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Pengasas dan Pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff.

Lebih 250 tetamu kehormat terdiri daripada tokoh politik, penggiat industri kreatif dan beberapa personaliti terkenal tempatan termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza juga hadir memeriahkan majlis itu.

Anwar: The Untold Story ialah filem arahan pengarah dari Indonesia, Viva Westi dan dibintangi pelakon tempatan popular, Farid Kamil Zahari yang memegang watak sebagai Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak sebagai Dr Wan Azizah.

Filem berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 itu, menceritakan mengenai perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.

“Anwar: The Untold Story” yang membabitkan kos RM10 juta itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 18 Mei ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN