web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Michelle Yeoh Tercalon Oscar, Tak Ada Sebab Industri Nak Bangga, Dia Bukan Pelakon Malaysia

Namun pada masa yang sama, Bront akui pencalonan Michelle memberi inspirasi khusus kepada anak muda untuk pergi mencari peluang di tempat lain.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 8:05PM

Bront berkata industri tempatan mempunyai bakat hebat tapi tidak semua orang pandai menghargai dan memaksimumkan potensi bakat yang kita miliki.

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Bront Palarae berpendapat sebagai sebuah negara, Malaysia boleh berbangga dengan kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh menembusi senarai pencalonan anugerah berprestij dunia, Oscar.

Namun begitu, tiada sebab untuk industri hiburan dan lakon layar negara menumpang nama memandangkan dia bukanlah hasil daripada produk industri hiburan tempatan.

Michelle memulakan karier lakonan di Hong Kong yang membuka jalan untuknya ke Hollywood.

Michelle Yeoh
Michelle Yeoh

“Tiada apa-apa yang industri kita nak banggakan sebab dia bukanlah daripada industri kita. Memang betul dia lahir di Malaysia, tapi dia adalah pelakon Hong Kong.

“Namun, pencalonan Michelle memberi inspirasi kepada kita khusus anak muda untuk pack your bag and leave kerana selalu ada peluang di tempat lain. Michelle sudah menunjukkan laluan dan jalan itu dengan lebih jelas.

“Tapi sekiranya anda mahu bertahan di dalam industri tempatan dan memperjuangkannya, juga tak mengapa. Hendry Golding bermula di Malaysia walaupun belum tercalon Oscar,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem Harum Malam.

Menurut Bront, negara mempunyai bakat-bakat hebat dalam kalangan anak seni tempatan, namun sayangnya, tidak semua orang pandai menghargai dan memaksimumkan potensi bakat yang dimiliki.

“Apa yang jelas, kita tidak ketandusan bakat. Tapi kita ketandusan orang yang pandai menghargai bakat-bakat ini.

“Yang paling susah bukan nak cari perbezaan antara kaca dan permata. Tapi nak cari orang yang pandai menilai mana satu kaca dan permata. Kegagalan ini menjadi sesuatu yang menyedihkan untuk industri,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Bront merupakan antara pelakon yang menjayakan filem Harum Malam arahan Dain Said terbitan Apparat, D’Ayu Pictures and Skop Productions.

Ia menceritakan bagaimana seorang lelaki bernama Iqbal mempunyai keistimewaan untuk melihat makhluk ghaib di sekitarnya.

Iqbal berhadapan dengan banyak insiden seram dan menakutkan sehingga terpaksa merungkai sebuah misteri yang terjadi di kawasan perumahannya.

Terdahulu, Harum Malam sudah ditayangkan Sitges Film Festival, Sepanyol dan Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara.

Turut sama menjayakan filem ini ialah Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Idan Aedan, Arnie Shasha dan Faizal Hussein. - Getaran, 2 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Sleep Call Rekod Lebih 150,000 Penonton Dalam Masa 4 Hari

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Tiada Unsur Bias, Kami Kaji Dokumen Asal Sejarah Sarawak – Penerbit Filem Rajah

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Ambil Serius Soal Kerja, Jika Tak Rasa Berbaloi Boleh Ambil Pelakon Lain - Shaheizy Sam

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

oleh Rahayu MN