web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tercalon Sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Academy Ke-95, Tan Sri Michelle Yeoh Terharu Bercampur Gembira 

Membanggakan! Tan Sri Michelle Yeoh bukan sahaja menjadi rakyat Malaysia pertama yang tercalon tetapi aktres berketurunan Asia pertama yang tercalon bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 12:00PM

Michelle Yeoh telah tercalon bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Academy edisi ke 95. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti yang diduga ramai, nama aktres terkenal kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh telah tercalon bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik bagi Anugerah Academy edisi ke 95 sekaligus menjadikan beliau sebagai pelakon pertama kelahiran Malaysia yang tercalon untuk anugerah paling berprestij itu.

Malah, ini juga merupakan pertama kali aktres berketurunan Asia dicalonkan bagi kategori berkenaan.

Michelle atau nama sebenarnya Michelle Yeoh Choo Kheng , 61, tercalon menerusi filem Everything Everywhere All At Once (EEAAO). Filem Ini turut tercalon bagi 10 lagi kategori lain termasuk Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik. 

“Saya terharu dan gembira dengan penuh kebahagiaan! Setiap orang yang bekerja dalam filem ini telah mencurahkan sepenuh hati dan jiwa, dan kami  semua sangat berterima kasih kepada Academy  kerana mengiktiraf keluarga EEAAO dengan begitu banyak sekali. 

“Membawakan watak  Evelyn Wang adalah satu keistimewaan  besar dalam kerjaya 40 tahun saya. Ia benar-benar watak seumur hidup. Terima kasih kepada Daniel Kwan dan Daniel Scheinert kerana melihat saya dan memberikan  peluang ini, saya sangat menghargainya sampai bila-bila,” katanya. 

Michelle Yeoh - Gambar Instagram
Michelle Yeoh - Gambar Instagram

Michelle atau nama sebenarnya Michelle Yeoh Choo Kheng , 61, tercalon menerusi filem Everything Everywhere All At Once. Filem Ini turut tercalon bagi 10 lagi kategori lain termasuk Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik. 

Aktres kelahiran Ipoh Perak ini akan bersaing dengan empat lagi aktres ternama lain antaranya ialah Cate Blanchett (Tar) , Michelle Williams (The Fabelmans) ,  Ana De Armas (Blonde), dan Andrea Riseborough (To Leslie).

Baru-baru ini Michelle telah berjaya membawa pulang trofi Aktres Komedi Terbaik di Anugerah Golden Globes. Anugerah Academy ke 95 bakal berlangsung pada 12 Mac ini di Los Angeles.

Pencalonan Michelle di Anugerah Academy ini pastinya membawa harapan besar bukan sahaja bagi rakyat Malaysia, malah seluruh masyarakat Asia yang mengimpikan beliau menggenggam trofi Oscars. 

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Michelle Yeoh. Anda telah membuktikan bahawa usaha dan kerja keras pasti akan membuahkan hasil tak kira sama ada cepat atau lambat. Terima kasih kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Semoga kemenangan menjadi milik anda. - Getaran, 25 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Keunikan Malaysia Yang Membentuk Diri Saya Menjadi Sepertimana Hari Ini - Michelle Yeoh

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Everything Everywhere All At Once Dinobat Sebagai Filem Terbaik Oscar Ke-95, Tewaskan Filem Mega Avatar dan Wakanda 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Ucap Tahniah Kejayaan Michelle Menang Oscar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Yeoh Budayawan Dan Seniwati Negara, Kebanggaan Rakyat - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN