web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Ucap Tahniah Kejayaan Michelle Menang Oscar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 5:57PM

Michelle Yeoh di acara Academy Awards (Oscars) hari ini - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh di atas kejayaan memenangi Anugerah Akademi (Oscars) ke-95, hari ini.

Menurut Anwar, pencapaian pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu ternyata mengharumkan nama negara di pentas dunia.

“Saya utus tahniah buat tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang ditabal selaku Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023) menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

“Beliau juga merupakan pelakon pertama Asia Tenggara memenangi anugerah berprestij itu. Ternyata pencapaian ini amat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Pada masa sama, Anwar berharap agar pencapaian pelakon berusia 61 tahun itu akan terus menjadi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan.

“Tahniah dan syabas dari seluruh rakyat Malaysia!” katanya.

Michelle menewaskan Cate Blanchett (Tár), Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans) bagi meraih penghormatan itu.

Kemenangannya itu menjadikan Michelle pelakon Asia pertama memenangi anugerah cukup bermakna yang diperkenalkan sejak 95 tahun itu.

Beliau juga pelakon bukan kulit putih kedua yang memenangi anugerah itu sejak Halle Berry pada tahun 2001.

Sebelum ini, Michelle pernah memenangi anugerah untuk filem sama yang dicalonkan di Anugerah Golden Globe pada Januari lalu, iaitu sebagai Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi.

Malah, beliau pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Screen Actors Guild (SAG) dan SpIRIT Awards untuk lakonan terbaik bagi filem berkenaan.

Filem fiksyen sains itu membolehkan Michelle memainkan banyak versi watak berbeza, malah ia berjaya meraih pulangan mengejutkan dengan mencatatkan kutipan AS$100 juta (RM448.5 juta) di peringkat antarabangsa.

Pada malam anugerah itu, gandingan Michelle dalam filem itu, Ke Huy Quan dan Jamie Lee Curtis membawa pulang anugerah masing-masing untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Everything Everywhere turut meraih hadiah utama, memenangi Filem Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Penyuntingan Terbaik, selain pengarah duonya, Daniel Scheinert dan Daniel Kwan diumumkan pemenang kategori Pengarah Terbaik.

Pencapaian itu menyaksikan pengiktirafan tertinggi dikecapi Michelle dalam kerjayanya sebagai pelakon yang popular dalam industri filem Hong Kong pada tahun 1980-an dan 90-an, sebelum mendapat perhatian Barat apabila muncul dalam filem Bond 1997 Tomorrow Never Dies. – Getaran, 13 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 2 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 5 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar