web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Michelle Yeoh Cipta Sejarah Menangi Oscar, Raih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 11:59AM

Michelle Yeoh di acara Academy Awards (Oscars) hari ini - Gambar tangkapan layar video Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Anak Malaysia berstatus pelakon Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh mengharumkan nama negara apabila memenangi Anugerah Academy Awards (Oscars).

Pelakon berusia 60 tahun itu memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik bagi lakonannya sebagai heroin dalam filem sci-fi, Everything Everywhere All at Once.

Kemenangannya menjadikan dia pelakon Asia pertama memenangi anugerah cukup bermakna yang diperkenalkan sejak 95 tahun itu.

Beliau juga pelakon bukan kulit putih yang memenangi anugerah itu sejak Halle Berry pada tahun 2001.

Michelle menewaskan Cate Blanchett (Tár), Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans) bagi meraih penghormatan itu.

Terdahulu, pelakon Malaysia kelahiran Ipoh, Perak itu muncul di acara berkenaan dengan mengenakan gaun berbulu putih rekaan Dior Haute Couture, yang memberikannya penampilan agung dan mempersonakan.

Penampilan pelakon kelahiran Ipoh  dilengkapi pelbagai perhiasan berlian Moussaieff, termasuk aksesori rambut berkilauan, anting-anting ‘candelier’, cincin dan jam tangan putih.

Sebelum ini, Michelle pernah memenangi anugerah untuk filem sama yang dicalonkan di Anugerah Golden Globe pada Januari lalu, iaitu sebagai Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi.

Malah, beliau pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Screen Actors Guild (SAG) dan SpIRIT Awards untuk lakonan terbaik bagi filem berkenaan.

Filem fiksyen sains itu membolehkan Michelle memainkan banyak versi watak berbeza, malah ia berjaya meraih pulangan mengejutkan dengan mencatatkan kutipan AS$100 juta (RM448.5 juta) di peringkat antarabangsa.

Pada malam anugerah itu, gandingan Michelle dalam filem itu, Ke Huy Quan dan Jamie Lee Curtis membawa pulang anugerah masing-masing untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Everything Everywhere turut meraih hadiah utama, memenangi Filem Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Penyuntingan Terbaik, selain pengarah duonya, Daniel Scheinert dan Daniel Kwan diumumkan pemenang kategori Pengarah Terbaik.

Pencapaian itu menyaksikan pengiktirafan tertinggi di kecapi Michelle dalam kerjayanya sebagai pelakon yang popular dalam industri filem Hong Kong pada tahun 1980-an dan 90-an, sebelum mendapat perhatian Barat apabila muncul dlam filem Bond 1997 Tomorrow Never Dies.

Bagaimanapun, dia menolak sebarang karya sehingga Crouching Tiger, Hidden Dragon pada 2000 yang dicalonkan untuk 10 Oscar yang berjaya memenangi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.

Sepanjang kerjayanya, Michelle pernah bekerja secara konsisten di Hollywood, selain mengumpul peminat tersendiri menerusi lakonannya dalam Crazy Rich Asians 2018, sebelum membuat penampilan melalui filem Marvel 2021 Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

Dalam temu bual dengan People baru-baru ini, Michelle mengimbas kembali kerjayanya selama beberapa dekad yang bermula dengan membintangi filem kung-fu Hong Kong, sekali gus melahirkan rasa bangga beliau kerana tidak berdepan stereotaip dalam industri filem antarabangsa dan kerjayanya diiktiraf di sana. – The Vibes, 13 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Michelle Yeoh Terima Penghormatan Walk Of Fame

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

'Tiger Stripes' Wakili Malaysia Di Oscars Ke-96

4

Politik 2 tahun yang lalu

Percaturan PH-BN Di Kedah Tidak Menjadi, Kerajaan Negeri Milik PN 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN