web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Dedikasikan Kemenangan Ini Kepada Ibu, Dialah Adiwira Sebenar - Michelle Yeoh Akan Bawa Trofi Pulang Ke Malaysia

Michelle Yeoh mencipta sejarah menjadi pelakon Malaysia dan bintang Asia pertama yang meraih trofi Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 3:00PM

Michelle Yeoh telah memenangi anugerah Pelakon Utama Wanita Terbaik dalam majlis Anugerah Academy di Los Angeles pagi tadi - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan hanya menjadi pencipta sejarah apabila muncul sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi Anugerah Golden Globe, kini Tan Sri Michelle Yeoh mencipta rekod sebagai bintang Asia pertama meraih trofi Anugerah Academy (Oscar) Ke-95.

Aktres Hollywood kelahiran Malaysia, itu berjaya merangkul trofi tersebut bagi kategori Pelakon Utama Wanita Terbaik dalam majlis Anugerah Academy di Los Angeles pagi tadi.

Michelle Yeoh, atau lebih mesra dikenali sebagai Yeoh, berjaya menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

“Ini membuktikan bahawa impian kita boleh menjadi kenyataan, dan bermimpi besar. Kepada wanita-wanita di luar sana, jangan sesekali biarkan sesiapa persoalkan kebanggaan kita.

“Dan, hari ini dan semua  ini, saya dedakasi kepada ibu dan keluarga saya kerana mereka adalah adiwira sebenar. Tanpa mereka saya tiada di sini. Bagi semua penonton di luar sana, saya menyayangi kalian,”  katanya dalam ucapan ketika menerima trofi Oscar. 

Dia juga memberitahu bahawa di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, keluarga dan rakan-rakan sedang menonton Oscar. 

“Saya sayangkan anda semua dan saya akan bawa ini (trofi) ke rumah,” katanya  yang turut berterima kasih dengan keluarga di Hong Kong kerana memberi peluang untuk meraih kejayaan di Oscar. 

Anak kelahiran Ipoh berusia 61 tahun itu memenangi Oscar menerusi wataknya sebagai sebagai Evelyn Wang dalam filem blockbuster tahun lepas Everything Everywhere All at Once.

Yeoh turut memenangi Anugerah Golden Globe serta Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-29 bagi kategori yang sama iaitu Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada awal tahun ini.

Ekoran kemenangan tersebut, Yeoh menerima pencalonan dalam Oscar Ke-95 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dan mencipta fenomena sendiri apabila menjadi ramalan orang ramai untuk memenangi Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95.

Kemenangan beliau ini, seperti menepati ramalan orang ramai dan menjadi wanita Asia pertama yang memenangi tersebut sekali gus menjadi trending di Twitter pagi tadi.

Sejak mula ditayangkan, penampilan Yeoh dalam filem 'indie' arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu menjadi sebutan ramai, malah, pengkritik filem percaya Yeoh bakal menggenggam trofi Oscar melalui watak yang dibawanya dalam filem terbabit.

Filem 'box office', Everything Everywhere All At Once ditayangkan Mac tahun lalu yang menyaksikan Yeoh melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia. - Getaran, 13 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Selebriti 5 bulan yang lalu

Michelle Yeoh Terima Penghormatan Walk Of Fame

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 18 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN