web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Everything Everywhere All At Once Dinobat Sebagai Filem Terbaik Oscar Ke-95, Tewaskan Filem Mega Avatar dan Wakanda 

Filem Everything Everywhere All At Once yang menyaksikan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh sebagai Pelakon Terbaik pertama dari Asia juga membolot tujuh kategori kemenangan secara keseluruhan. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 2:00PM

Everything Everywhere All At Once dinobat sebagai Filem Terbaik. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya magis ‘Yeohniverse’ filem Everything Everywhere All At Once benar-benar menjadi apabila berjaya mengungguli pelbagai kejayaan dalam majlis anugerah  perfileman berprestij dunia, Anugerah Academy ke-95, atau lebih dikenali dengan nama Anugerah Oscar.

Everything Everywhere All At Once turut berjaya mengetepikan sembilan filem lain iaitu All Quiet On The Western Front, Avatar: The Way of Water, The Banshees Of Inisherin, Elvis, The Fabelmans, TAR, Top Gun: Maverick, Triangle Of Sadness dan Women Talking untuk dinobatkan sebagai Filem Terbaik Oscar tahun ini.

Majlis anugerah yang berlangsung di Hollywood's Dolby Theatre, Los Angeles itu menghimpunkan individu berbakat dunia yang tercalon untuk anugerah tersebut. 

Gambar dari redcarpet-fashionawards.com
Gambar dari redcarpet-fashionawards.com

Melalui filem Everything Everywhere All At Once itu juga, pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh telah berjaya menggenggam trofi pelakon wanita terbaik sekaligus menjadikannya wanita Asia pertama yang memenangi anugerah tersebut.

Selain itu, filem bergenre aksi khayalan itu turut memenangi  kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Jamie Lee Curtis), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Ke Huy Quan), Pengarah Terbaik (Daniel Kwan dan Daniel Scheinert), Lakon Layar Terbaik serta Suntingan Filem Terbaik.

Berikut ialah senarai lengkap pemenang Oscars 2023.

Filem Terbaik: Everything Everywhere All At Once

Pengarah Terbaik: Daniel Scheinert and Daniel Kwan, (Everything Everywhere All At Once).

Filem Asing Terbaik: All Quiet on the Western Front (Germany)

Filem Adaptasi Terbaik: Women Talking

Filem Animasi Terbaik: Guillermo del Toro’s Pinocchio

Pelakon Lelaki Terbaik: Brendan Fraser (The Whale)

Pelakon Wanita Terbaik: Michelle Yeoh (Everything Everywhere All At Once)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Ke Huy Quan (Everything Everywhere All At Once)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Jamie Lee Curtis (Everything Everywhere All At Once)

Solekan dan Gaya Rambut Terbaik: The Whale

Rekaan KostumTterbaik: Black Panter : Wakanda Forever

Bunyi Terbaik: Top Gun : Marverick

Filem Pendek Terbaik: An Irish Goodbye

Filem Pendek Animasi Terbaik: The Boy, The Mole, The Fox and The Horse

Filem Dokumentari Pendek Terbaik: The Elephant Whisperers

Dokumentari Terbaik: Navalny

Efek Visual Terbaik:  Avatar : The Way Of Water

Rekaan Produksi Terbaik: All Quiet On The Western Front

Sinematografi Terbaik: All Quiet On The Western Front

Suntingan Filem Terbaik: Everything Everywhere All At Once

Skor Terbaik: All Quiet On The Western Front

Lagu Terbaik: 'Naatu Naatu' (RRR)

Tahniah kami diucapkan kepada pemenang, khususnya Tan Sri Michelle Yeoh yang berjaya membawa nama negara ke persada dunia sekali gus membuktikan bahawa kita boleh! Malaysia boleh! - Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Michelle Yeoh Terima Penghormatan Walk Of Fame

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

19 Tahun Menjalin Hubungan, Michelle Yeoh Kini Milik Jean Todt

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

PM Terima Kunjungan Michelle Yeoh Di Putrajaya

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Keunikan Malaysia Yang Membentuk Diri Saya Menjadi Sepertimana Hari Ini - Michelle Yeoh

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN