web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Terima Kunjungan Michelle Yeoh Di Putrajaya

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 6:00PM

Yeoh (kiri) dilihat turut membawa trofi kemenangan kejayaan merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023) baru-baru ini. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan pemenang anugerah Oscar kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh di pejabatnya di Putrajaya hari ini. 

Anwar berkata dalam pertemuan itu Yeoh atau Michelle Yeoh Choo Kheng, 61, berkongsi dan mengimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya, terutama dalam mencapai tingkat kejayaannya hari ini. 

“Beliau(Yeoh) turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya,” katanya dalam Facebooknya, hari ini. 

Perdana Menteri turut memuat naik gambar pertemuan berkenaan dengan Yeoh dilihat turut membawa trofi kemenangan kejayaan merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023) baru-baru ini.

Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Anwar menyifatkan pencapaian Yeoh yang menjadi rakyat Malaysia dan warga Asia pertama memenangi Anugerah Oscar, berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa dan mengucapkan semoga anak seni kelahiran Ipoh itu terus maju jaya dan beroleh kejayaan.

Yeoh disanjung dengan anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi peranan utama bagi filem 'Everything Everywhere All at Once' pada majlis anugerah paling berprestij Hollywood itu di Teater Dolby di Los Angeles, 12 Mac lepas.

Yeoh kini berada di Malaysia untuk meraikan kejayaannya bersama keluarganya dan peminat di tanah air.

Selain anugerah Oscar, Yeoh turut memenangi anugerah kategori sama di beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe ke-80 dan Anugerah Screen Actors Guild (SAG). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa