web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Filem 'Dad! I’m Sorry' : Mengangkat Tema Provokatif Keluarga

Baru tiga hari tayangan, filem ‘Dad! I’m Sorry’ sudah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM62 juta. Ia sekali gus menobatkannya sebagai filem terlaris dalam sejarah perfileman Vietnam.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 2:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebenarnya, jika kita mengetahui apakah filem terlaris di dalam sebuah negara, secara tidak langsung, kita boleh mengagak selera hiburan masyarakat di sana.

Sebuah filem Vietnam baru-baru ini bertajuk Bố Già atau Dad! I'm Sorry dikatakan filem terlaris dalam sejarah perfileman Vietnam.

Apa yang lebih gila, baru tiga hari tayangan, filem tersebut sudah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM62 juta. Kami terfikir-fikir bagaimana agaknya enam tahun lagi, jika begini rancaknya industri perfileman Vietnam, tak mustahil mereka boleh  mengaut sehingga beratus juta ringgit dalam beberapa hari tayangan. Ia tidak mustahil.

Bố Già diarahkan bersama oleh Vu Ngoc Dang dan Tran Thanh yang juga merupakan pelakon utama filem ini. Beliau memegang watak Ba Sang. Dia dan keluarganya tinggal di sebuah lorong di celah megahnya kota Saigon. 

Hal-hal menarik tatkala menonton filem ialah apabila pengarah memilih untuk menonjolkan sisi lain kehidupan masyarakat mereka yang jujur, tulus dan begitulah mereka apa adanya dan bukannya ‘mencipta’ imej mereka menjadi orang lain. 

Tran Thanh boleh sahaja memilih merakam keindahan kota Saigon. Tapi tidak untuk naskhah ini. Beliau berani menonjolkan kehidupan masyarakat yang terasing dan mundur tidak hanya dari aspek ekonomi malah juga sahsiah diri. Tran mengupas isu moraliti ini dengan sangat jelas sekali. Namun apa yang lebih memeranjatkan ialah, kehidupan masyarakat yang terhimpit di celahan megahnya bangunan kota itu mirip  sekali dengan kehidupan masyarakat kita di Malaysia.

Pertembungan moraliti

Bố Già digerakkan oleh watak seorang ayah iaitu Ba Sang yang tinggal di sebuah lorong. Rumah di sepanjang lorong itu pula dihuni oleh adik-beradiknya daripada kakak, abang sehinggalah adik lelakinya. Ba Sang pula tidak beristeri dan bertanggungjawab membesarkan dua orang anaknya sendiri.

Namun, demi memenuhi segala impian adik-beradiknya, Ba Sang akan lakukan apa sahaja walaupun dia tahu bahawa dia sedang dipergunakan. Bagi Ba Sang, itulah keluarga, perlu saling bantu saat kesusahan.

Bila bercakap tentang keluarga, sedar atau tidak kita sering mempergunakan alasan ‘keluarga’ bagi menghalalkan pelbagai bentuk manipulasi. Dalam filem ini jelas sekali kakak kepada Ba Sang meminta dia menjual rumah yang dihuni mereka kerana rumah mereka jauh lebih besar daripadanya.

Melukis garis pemisah

Bukan itu sahaja, kerana seseorang itu ahli keluarga kita, kadangkala sukar sekali kita  membina batas  dan menghormati hak sesama kita. Sebagai contoh dalam filem ini ketika Ba Sang  berpindah ke rumah baru, ahli keluarganya datang membuat sepah, bising dan mengambil wang mereka atas alasan keluarga. Ini adalah situasi yang salah tapi sangat normal berlaku dalam mana-mana keluarga.

Sepanjang dua jam filem ini berjalan, Bố Già seolah membawa kita semua keluar daripada kotak fikiran, dan kita amati seketika apa sebenarnya makna keluarga?

Jika seseorang yang lahir dari rahim ibu yang sama begitu senang melihat kita hancur, adakah mereka dipanggil keluarga? Dalam Bố Già, keluarga bukanlah orang yang mempunyai darah yang sama mengalir dalam tubuh kita sebaliknya seseorang yang menyayangi kita walaupun datang dari rahim ibu yang berbeza.

Ini adalah filem yang sangat dekat dengan sesiapa pun kerana kita semua memiliki keluarga. Toksik atau tidak keluarga kita, itu persoalan menarik untuk dibahaskan. Walaupun  isu keluarga toksik  jarang sekali dibualkan di khalayak namun Tran Thanh berjaya membawanya dengan baik sekali.

Jika anda ingin ketawa sehingga sakit perut, kemudian anda teresak-esak menangis di dalam panggung. Ini adalah filemnya. Bố Già  memang mempunyai magis membuat perasaan anda seperti dipermainan. Selamat menonton! - Getaran, 27 April 2021.

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Vietjet Luaskan Penerbangan Ke Destinasi Pantai Popular Di Vietnam, Promosi Tiket Setiap Jumaat

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...