web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sah! 'Nomadland' Dinobat Filem Terbaik Oscar 2021

Filem 'Nomadland' juga berjaya melayakkan Chloe Zhao untuk menggenggam trofi pengarah terbaik sekali gus menjadinya wanita Asia pertama dunia yang memenangi anugerah tersebut.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 2:22PM

Gambar: Chris Pizzello / POOL / AFP

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya magis filem Nomadland benar-benar menjadi apabila berjaya mengungguli anugerah perfileman berprestij dunia, Anugerah Academy, atau lebih dikenali dengan nama Anugerah Oscar. 

Selepas menang besar di anugerah BAFTA beberapa minggu lalu, filem tersebut turut melakar sejarah apabila baru sahaja dinobatkan filem terbaik Oscar tahun ini.

Majlis anugerah yang berlangsung di Hollywood's Dolby Theatre, Los Angeles itu menghimpunkan individu berbakat dunia yang tercalon untuk anugerah tersebut. 

Melalui filem Nomadland itu juga, Chloe Zhao berjaya menggenggam trofi pengarah terbaik sekali gus menjadikannya wanita Asia pertama yang memenangi anugerah tersebut.

Selain itu, turut menjadi bualan hangat sepanjang anugerah Oscar ini ialah pelakon Youn Yuh-jung yang membawa pulang anugerah berkenaan untuk filem Minari

Beliau juga merupakan pelakon Korea Selatan pertama yang dianugerahkan gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik anugerah berprestij tersebut.

Berikut ialah senarai lengkap pemenang Piala Oscars 2021:

Filem terbaik: Nomadland

Pengarah terbaik: Chloe Zhao, Nomadland

Filem asing terbaik: Another Round (Denmark)

Filem adaptasi terbaik: Christopher Hampton, Florian Zeller (The Father)

Filem animasi terbaik: Soul

Pelakon lelaki terbaik: Anthony Hopkins (The Father)

Pelakon wanita terbaik: Frances McDormand (Nomadland)

Pelakon pembantu lelaki terbaik: Daniel Kaluuya (Judas and the Black Messiah)

Pelakon pembantu wanita terbaik: Youn Yuh-jung (Minari)

Solekan dan gaya rambut terbaik: Sergio Lopez-Rivera, Mia Neal, dan Jamika Wilson (Ma Rainey's Black Bottom)

Rekaan kostum terbaik: Ann Roth (Ma Rainey's Black Bottom)

Bunyi terbaik: Nicolas Becker, Jaime Baksht, Michellee Couttolenc, Carlos Cortés dan Phillip Bladh (Sound of Metal)

Filem pendek terbaik: Two Distant Strangers

Filem pendek animasi terbaik: If Anything Happens I Love You

Filem dokumentari pendek terbaik: Colette

Dokumentari terbaik: My Octopus Teacher

Efek visual terbaik: Tenet

Rekaan produksi terbaik: Mank

Sinematografi terbaik: Mank

Suntingan filem terbaik: Sound of Metal

Skor terbaik: Soul

Lagu terbaik: 'Fight For You' dari Judas and the Black Messiah (H.E.R., Dernst Emile, Tiara Thomas)

Tahniah kami ucapkan kepada pemenang. Siapa tahu suatu masa nanti karya anak tempatan kita pula diiktiraf dunia, kan? - Getaran, 26 April 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...