web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


The Vigil: Filem Seram Menampilkan Entiti Jahat Kepercayaan Yahudi

Khas buat peminat filem seram, apa kata tukar angin dan tonton filem seram yang mengetengahkan kisah seram bangsa Yahudi.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 8:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The Vigil adalah filem seram supernatural yang ditulis dan diarah oleh Keith Thomas. Filem sulung arahan Keith Thomas ini dibintangi oleh Dave Davis, Menashe Lustig, Malky Goldman, Fred Melamed, Nati Rabinowitz dan mendiang Lynn Cohen.

Ia merupakan percubaan menarik mengetengahkan kisah seram bangsa Yahudi. Peminat genre seram mungkin sudah biasa dengan jalan cerita The Vigil namun begitu pendekatan menggunakan entiti jahat kepercayaan bangsa Yahudi barangkali akan memberi penonton pengalaman yang agak berbeza. 

Filem ini berkisar tentang seorang pemuda bernama Yakov, lakonan Dave Davis yang diupah menjadi Shomer untuk seorang anggota bekas komuniti Yahudi Ortodoksnya. Tanpa disangka, Yakov disasar oleh satu entiti jahat yang dikenali sebagai Mazzik.

Dalam tradisi bangsa Yahudi, mereka yang ditugaskan untuk menjaga mayat ahli keluarga sebelum dikebumikan digelar Shomer. Tugasan ini biasa dilakukan secara bergilir-gilir. Jika si mati tidak mempunyai saudara mara yang sanggup melaksanakan tugas ini, orang luar boleh diupah untuk menjadi Shomer. 

Yakov yang dibelenggu gangguan mental akibat kematian adiknya menghadapi kesukaran utuk membezakan antara realiti dan khayalan. Entiti jahat yang ingin menjadikan Yakov sebagai hos baru, mencetus pelbagai gangguan sepanjang malam beliau menjaga mayat.

Garisan realiti dan khayalan dikaburi dengan babak-babak seperti bunyi kuku bergeser di atas lantai, balu si mati (lakonan mendiang Lynn Cohen) yang menggegar tangga kosong dan klip video yang dihantar ke telefon bimbit Yakov–membuatkan beliau persoalkan keadaan mental dirinya. 

The Vigil menggunakan semua muslihat cerita seram untuk cuba menakutkan dan membuat penonton tidak senang duduk.

Bunyian yang tidak dapat dijelaskan, hiruk-pikuk runut bunyi, lembaga yang tiba-tiba muncul dan ghaib, serangga yang merangkak seram, projektor yang terpasang sendiri adalah antara senarai muslihat cerita seram para penonton boleh tanda rait apabila menonton filem ini.

Pengarah filem ini bijak menggunakan ikonografi Yahudi tertentu untuk babak terakhir Yakov melawan entiti jahat dan berjaya mengekalkan ketegangan sepanjang sebahagian besar filem.

Namun begitu beliau sangat bergantung kepada scare tactic dan membuat penggemar filem seram seperti penulis dambakan penamat cerita yang lebih sukar diramal. - Getaran, 20 April 2021

Semua gambar: TGV Cinemas

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN