web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saksikan Pelbagai Jenis Drama dan Program Korea Yang Hangat Dan Menarik

Khusus buat peminat drama, filem dan program terhangat Korea, November pastinya menjadi bulan yang yang cukup menyeronokkan buat anda semua.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 8:09AM

Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pada musim hujan ini, mungkin ramai yang berasa malas untuk melakukan aktiviti di luar dan lebih gemar melepak di rumah untuk menonton program-program TV  atau OTT yang menarik. 

Khusus buat peminat drama, filem dan program terhangat Korea, November pastinya menjadi bulan yang yang cukup menyeronokkan buat anda semua. 

Pelbagai variasi genre aksi, romantik, komedi, misteri, drama kekeluargaan dan muzika telah disediakan Astro untuk tontonan anda semua. 

Semua ini anda boleh nikmati melalui saluran tvN (Saluran 395 HD), ONE (Saluran 393 HD), K-Plus (Saluran 396 HD), dan tvN Movies (Saluran 416  HD).

Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan pada bila-bila masa, di mana sahaja menerusi On Demand dan Astro GO.

 

1. 'Love In The Moonlight'

Pelakon kesayangan ramai Park Bo Gum digandingkan dengan pelakon jelita, Kim Yoo Jung menerusi drama berjudul ‘Love In The Moonlight’.

Kali ini, Kim Yoo Jung memainkan dua watak berbeza. Iaitu sebagai wanita yang anggun dan pada masa yang sama menyamar sebagai seorang lelaki untuk melindungi diri dan keluarganya.

Dia terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk melindungi keluarganya dan secara tidak sengaja telah bertemu dengan seorang Putera Mahkota disebabkan surat cintanya. 

Drama ‘Love In The Moonlight’ ditayang setiap hati Selasa dan Rabu pada 9.05 malam di saluran KBS World (Saluran 392 HD), On Demand dan Astro Go.

 

2.'The Ghost Detective'

Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan gandingan mantap pasangan serasi Gandingan Choi Daniel dan Park Eun Bin menerusi kisah ‘The Ghost Detective’ di saluran KBS World (Saluran 392 HD) tidak lama lagi.

Detektif Lee Da-Il adalah pemburu hantu, cuba menyelesaikan kes kematian aneh pembantunya, Jung Yeo-Wool. Dia terserempak dengan seorang wanita misteri berpakaian merah bernama Sunwoo Hye yang muncul di setiap tempat kejadian.

Drama ini sudah mula ditayangkan sejak  8 November lalu, setiap Selasa hingga Jumaat, jam  11.05 malam di Astro On Demand dan Astro Go!.

 

3.'Summer Strike'

Tidak kurang hebatnya, saluran ONE tampil dengan kisah sduaorang daripada bandar wanita yang meninggalkan gaya hidup di kota yang sibuk dan berpindah ke kota kecil untuk menjalani kehidupan di sana. 

Drama bergenre misteri ini  diadaptasi daripada webtoon dengan judul yang sama. Dibintangi Im Si Wan dan Kim Seol Hyun, Summer Strike membawa pelbagai percanggahan emosi dan prinsip kehidupan.

Dae Bum adalah seorang pustakawan di Angok, sebuah bandar kecil di tepi laut. Dia pakar dalam Matematik, bertanding menentang Universiti Kebangsaan Seoul kira-kira 20 tahun lalu. 

Manakala Yeo Reum baru sahaja dilantik sebagai pekerja tetap selepas bekerja selama lima tahun, namun berhenti kerja di bandar yang penuh tekanan. 

Jadi, saksikan ‘Summer Strike’ setiap Selasa dan Rabu 6.55 petang di lauran ONE (Saluran 393 HD) bermula 22 November ini.

 

4.Anugerah Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2022

Anugerah muzik yang paling berprestij di Korea iaitu MAMA 2022  pula bakal disiarkan secara langsung di saluran Astro tvN (Saluran 395 HD).

Bintang-bintang K-pop seperti Stray Kids, TXT, Kep1er, JO1, ITZY, ENHYPEN, IVE dan  TREASURE bakal memeriahkan acara anugerah ini. 

Diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu 29 dan 30 November, Anugerah MAMA bakal ditayang secara langsung di Astro On Demand dan Astro Go.Ia bakal bermula dengan acara karpet merah.

Jadi, jangan lupa saksikan oppa kesayangan anda dengan penampilan yang paling dinantikan ini. 

 

5.The Roundup

Khas buat penggemar filem Korea, jangan lupa saksikan filem aksi terbaharu, The Roundup pada 26 November, jam 8 malam di tvN Movies (Saluran 416 HD), On Demand dan Astro GO

Filem The Roundup adalah lakonan mantap Ma Dong-Sik yang membawa kisah berkenaan konspirasi penculikan. 

4 tahun selepas peristiwa operasi perbincangan di daerah Garibong, Unit Jenayah Besar Polis Geumcheon diberi misi untuk menghantar pulang seorang pelarian yang melarikan diri ke Vietnam.

Program menarik sepanjang November ini pastinya membuat penonton dan peminat K-drama tidak sabar dan teruja. - Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...