web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Wafariena, Terdapat Percanggahan Fakta Daripada Pelakon Itu dan Pengarah – Presiden FDAM 

Presiden FDAM berkata, dia telah pun mendengar kenyataan daripada kedua-dua belah pihak, baik daripada Khairi Azmi mahu pun Wafariena. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 8:00PM

Dr Ahmad Ibrahim - Gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terdapat percanggahan fakta daripada kenyataan yang diberikan pengarah Khairi Azmi dan pelakon Wafariena Roslan berhubung isu babak aksi lagak ngeri dalam sebuah penggambaran supertele, 'Mata Tak Berhijab' di Perak baru-baru ini. 

Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim berkata, dia telah pun mendengar kenyataan daripada kedua-dua belah pihak, baik daripada Khairi Azmi mahu pun Wafariena. 

Wafariena - Gambar Instagram Wafariena
Wafariena - Gambar Instagram Wafariena

Namun, pada masa yang sama, dia masih belum mampu untuk membuat sebarang keputusan kerana terdapat percanggahan fakta dalam kenyataan mereka. 

“Disebabkan itu, saya terpaksa mengadakan perjumpaan dengan mereka sekali lagi dan mendengar semula kenyataan mereka. 

“Perjumpaan ini akan diadakan secara berasingan dan kali ini saya juga meminta pihak produser untuk turut membantu sama untuk menangani isu ini,” katanya sewaktu dihubungi Getaran.

Ditanya apakah percanggahan fakta yang cukup nyata di dalam kenyataan mereka, Ahmad Ibrahim berkata, pengarah mengatakan bahawa perbincangan telah dilakukan untuk kesemua babak aksi lagak ngeri yang melibatkan Wafariena. 

“Sedangkan Wafariena pula mengatakan babak aksi lagak ngeri yang terakhir tiada di dalam perbincangan dan dia telah dipaksa untuk melakukannya.

“Sebab itulah saya perlu memanggil mereka semula dan mendengar kenyataan daripada mereka sekali lagi,” katanya. 

Ditanya mengapakah beliau tidak memanggil sama berapa krew yang terlibat di dalam penggambaran supertele itu untuk mengesahkan dakwaan salah satu pihak ini, Ahmad Ibrahim berkata, dia tidak perlu berbuat demikian. 

“Isu ini hanya melibatkan pengarah dengan pelakon terbabit. Tidak perlulah kita nak heret sama yang lain-lain dalam isu,” katanya. 

Wafariena sebelum ini mendakwa bahawa dia telah dianiaya pengarah Khairi Azmi apabila diminta melakukan babak aksi lagak negri yang tiada dalam perbincangan sehingga mengakibatkan kecederaan yang serius. – Getaran, 25 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Laporan Polis Sudah Dibuat Terhadap Pengarah, Sedang Berbincang Dengan Peguam - Ibu Wafariena

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Wafariena Sila Jumpa Saya! - Presiden FDAM, Susulan Dakwaannya Kena Paksa Buat Aksi Stunt Sehingga Cedera Parah  

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Mula Ditayang Esok 

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

'Pihak Stesen TV, Tolong Jangan Jadi Diktator!' - FDAM 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN